Bengkel Pemotongan Dan Penggilapan Batu

Bengkel Pemotongan Dan Penggilapan Batu
IPOH, 10-11 JULAI - Cawangan Teknologi Berasaskan Batuan (CTBB) dengan kerjasama Cawangan Pelaksana Pengkomersialan (CPP) telah menganjurkan Bengkel Pemotongan Dan Penggilapan Batu selama 2 hari bermula 10 Julai hingga 11 Julai 2024. Seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) telah menyertai bengkel ini.
Bengkel Pemotongan dan Penggilapan Batu ini dirancang untuk memberikan peserta pengetahuan teori dan kemahiran praktikal yang diperlukan untuk melakukan kerja-kerja pemotongan dan penggilapan batu dengan baik dan selamat. Bengkel ini merangkumi pelbagai jenis batu seperti granite, marmar, dan batu pasir serta teknik-teknik khusus yang digunakan untuk setiap jenis batu.
Pada hari pertama, bengkel telah dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh YBrs. Dr. Rohaya binti Othman, Ketua Cawangan Teknologi Berasaskan Batuan. Seterusnya, bengkel diteruskan dengan pengenalan mengenai teori berkaitan pemotongan dan penggilapan batu yang disampaikan oleh Pn. Siti Noorzidah binti Mohd Sabri, Pengawai Penyelidik CTBB.
Bengkel kemudiannya diteruskan dengan aktiviti pembelajaran teknik pemotongan batu yang disampaikan oleh En. Hasan bin Ismail. Para peserta diberi peluang untuk melakukan aktiviti pemotongan batu dengan pantauan para pegawai CTBB.
Pada hari kedua, bengkel diteruskan dengan aktiviti pembelajaran teknik penggilapan batu yang disampaikan oleh En. Hasan bin Ismail.

KURSUS PENGURUSAN MEDIA SOSIAL

KURSUS PENGURUSAN MEDIA SOSIAL
KURSUS PENGURUSAN MEDIA SOSIAL
 
Putrajaya, 30 Julai 2024: Hari ini telah berlangsung Kursus Pengurusan Media Sosial anjuran Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES).
 
Kursus bertujuan memberi kefahaman kepada pegawai-pegawai dari jabatan-jabatan di bawah NRES untuk menghasilkan kandungan media sosial yang lebih berkesan.
 
Turut sama dalam kursus ini adalah YB Menteri NRES, Nik Nazmi Nik Ahmad. JMG telah dihadiri oleh Pn. Hasnida Zabidi dari ibu pejabat JMG, En. Mohd Zahar Ibrahim dari BPT dan En. Zawawi bin Mahim dari PPM.
 
Penceramah terdiri dari En. Hilal Azmi, Ketua Media Sosial Astro Awani dan En. Aliff Zakaria, Tik Tok Malaysia.

PERSIDANGAN ICTSO MALAYSIA 2024 bertempat di PICC, Putrajaya.

PERSIDANGAN ICTSO MALAYSIA 2024 bertempat di PICC, Putrajaya.
JMG telah hadir ke PERSIDANGAN ICTSO MALAYSIA 2024 bertempat di PICC, Putrajaya. Forum pada tahun ini membincangkan Perlindungan Infrastruktur Kritikal: ICT Security Officer (ICTSO)/Chief Information Security Officer (CISO) Sebagai Benteng Keselamatan Siber.
 
Serangan siber yang menyasarkan infrastruktur kritikal boleh menyebabkan gangguan besar kepada ekonomi dan keselamatan negara. Peranan ICTSO dan CISO adalah untuk menjadi barisan pertahanan pertama dalam menangkis serangan-serangan ini. Pembentangan ini akan menjelaskan kaedah inovatif dan langkah-langkah strategik yang diambil oleh agensi amnya dan ICTSO / CISO khasnya untuk mengukuhkan keselamatan siber.

NACSA Cyber Security Summit (NCSS) 2024

NACSA Cyber Security Summit (NCSS) 2024
JMG telah hadir ke NACSA Cyber Security Summit (NCSS) 2024 pada 30 Julai hingga 1 Ogos 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Program NCSS 2024 ini dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia.
 
NCSS 2024 merupakan platform strategik bagi meneruskan dialog mengenai keselamatan siber, menggalakkan jaringan dan perkongsian pengetahuan di kalangan pihak berkepentingan daripada pelbagai industri tempatan dan antarabangsa. NCSS 2024 turut menampilkan pelbagai program dan aktiviti yang bertujuan untuk memperkukuh daya tahan siber negara.