SELANGOR, 16 NOVEMBER 2024 - Majlis Pengisytiharan Gombak-Hulu Langat Geopark sebagai tapak Geopark Kebangsaan pertama Negeri Selangor telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, bertempat di Taman Ekstrem Gua Damai, Batu Caves, Gombak.
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 11/2024 JMG JOHOR
Johor Bahru, 24 November 2024 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil. 11/2024 JMG Johor telah diadakan di bilik Mesyuarat Kuarza Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru. Majlis telah dipengerusikan oleh Encik Mohd Razman bin Yusop diikuti dengan bacaan doa oleh Encik Nazal Rizal bin Abd. Wahid dan bacaan ikrar oleh Encik Sivalingam A/L Krishnan. Perutusan pengarah telah disampaikan oleh Pengarah JMG Johor, YBrs. Tn Haji Noorazhar bin Ngatimin.
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN PPM BIL. 6/2024 DAN SAMBUTAN HARI INOVASI PERINGKAT PPM 2024
Ipoh, 22 November 2024 - Majlis Perhimpunan Bulanan Pusat Penyelidikan Mineral Bil. 6/2024 telah diadakan pada hari ini.
Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku diikuti dengan Lagu kebesaran Negeri Perak dan Lagu Perkhidmatan Awam. Lafaz ikrar telah diketuai oleh En. Muhammad Azammuddin dan bacaan doa dipimpin oleh En. Mohd Faiz. Manakala, penaik bendera yang bertugas ialah En. Muhamad Shamsuri.
Baca selanjutnya
LAWATAN PELAJAR TAHUN SATU PUSAT PENGAJIAN KEJURUTERAAN SUMBER MINERAL KE GALERI PENYELIDIKAN DAN MAKMAL PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL
Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) telah menerima lawatan daripada pelajar tahun satu Pusat Pengajian Kejuruteraan Sumber Mineral, USM.
Rombongan terdiri daripada 22 orang pelajar tahun 1 dan 2 orang pensyarah pengiring dari PPKBSM, USM.
Dalam lawatan ini, ahli rombongan telah diberi taklimat mengenai PPM dan dibawa melawat hasil penyelidikan PPM di Galeri Penyelidikan dan makmal-makmal CTPP, CTBT, CTPLK dan CTPM.
Semoga kunjungan lawatan ini dapat memberi input dan perkongsian pengalaman yang berguna dengan para pelajar sebagai pewaris dalam bidang sumber mineral di rantau ini.
PENGALAMAN BAHARU DI CAWANGAN TEKNOLOGI PEMPROSESAN MINERAL (CTPM)
IPOH,19 NOVEMBER - Cawangan Teknologi Pemprosesan Mineral (CTPM) dengan sukacitanya menyambut kehadiran empat pembantu penyelidik baru dan seorang pelajar latihan industri untuk menjalani program orientasi selama dua hari.
Program ini bertujuan memberikan pendedahan awal tentang aktiviti kajian dan pembangunan serta perkhidmatan pemprosesan mineral yang dijalankan khususnya di makmal CTPM.
Antara aktiviti menarik yang diadakan termasuk:
Baca selanjutnya
© JMG
Responsive Joomla Templates by RSJoomla!