Ipoh, 22 November 2024 - Majlis Perhimpunan Bulanan Pusat Penyelidikan Mineral Bil. 6/2024 telah diadakan pada hari ini.
Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku diikuti dengan Lagu kebesaran Negeri Perak dan Lagu Perkhidmatan Awam. Lafaz ikrar telah diketuai oleh En. Muhammad Azammuddin dan bacaan doa dipimpin oleh En. Mohd Faiz. Manakala, penaik bendera yang bertugas ialah En. Muhamad Shamsuri.
Pengarah Kanan PPM, YBrs. Dr Nazwin binti Ahmad telah menyampaikan ucapan dan amanat beliau diikuti dengan tayangan montaj aktiviti dan peristiwa sepanjang Oktober dan November disusuli dengan sesi penyampaian Anugerah Pekerja Contoh Suku 2/2024 dan penyampaian watikah kenaikan pangkat dan pemangkuan kepada dua orang Pegawai Penyelidik.
Dalam majlis yang sama telah diadakan Majlis Sambutan Hari Inovasi Peringkat PPM 2024 yang dimulakan dengan ucapan Pengerusi JK Hari Inovasi, Ts. Dr. Hjh. Emee Marina, pengenalan kepada E-jurnal oleh En. Muhammad Hazim dan seterusnya sesi perkongsian Jejak Inspirasi oleh Dr. Rohaya bt Othman.
Majlis kemudian diakhiri dengan acara kemuncak pengumuman pemenang dan sesi penyampaian hadiah sempena Mineral Invention & Innovation Expo 2024 (MIIE 2024). Tahniah kepada semua pemenang!