Lawatan Ketua Pengarah JMG ke Malaco Mining dan Terra Mineral Laboratory, Gopeng

Lawatan Ketua Pengarah JMG ke Malaco Mining dan Terra Mineral Laboratory, Gopeng

GOPENG, 5 Disember 2024:  Ketua Pengarah JMG, Datuk Zamri Abdul Kadir telah membuat lawatan ke Malaco Mining Sdn. Bhd. bagi meninjau perkembangan kilang pemprosesan Unsur Nadir Bumi (REE) di Gopeng. Turut sama di dalam lawatan ini adalah TKSU MOSTI, Datuk Dr. Nor Azman, SUB NRES, Pengarah Kanan Bahagian Perkhidmatan Teknikal, Datuk Ir. Ahmad Zukni Ahmad Khalil, Pengarah JMG Perak, Tn. Hj. Nizarulikram Abdul Rahim, Pegawai-pegawai Kanan JMG dan wakil-wakil dari MIDA, Agensi Nuklear Malaysia dan Akademi Sains Malaysia. Datuk Ketua Pengarah juga dibawa melawat ke Makmal Analisis REE milik MB Inc Perak, Terra Mineral Laboratory (TML) di Gopeng, Perak.

MINERAL INVENTION AND INNOVATION EXPO (MIIE 2024)

MINERAL INVENTION AND INNOVATION EXPO (MIIE 2024)
IPOH, 20 November – Telah berlangsungnya satu pameran inovasi iaitu MINERAL INVENTION AND INNOVATION EXPO (MIIE 2024). Bertemakan “Powering the Future via Resilient Technology”, iaitu “Memperkasakan Masa Depan melalui Teknologi Berdaya Tahan”, MIIE 2024 telah berjaya membawa penglibatan kesemua lapan cawangan R&D di PPM dan turut berjaya menarik penglibatan Unit Pentadbiran dan Kewangan (UPK). Penganjuran MIIE 2024 merupakan satu inisiatif bagi mengadaptasi pameran inovasi antarabangsa seperti ITEX, MTE dan Geneva Inventions di peringkat organisasi.
Baca selanjutnya

BENGKEL PENGENALAN GEOLOGI TAPAK PERMATANG SINKLIN PARIT SULONG UNTUK PRODUK PELANCONGAN

BENGKEL PENGENALAN GEOLOGI TAPAK PERMATANG SINKLIN PARIT SULONG UNTUK PRODUK PELANCONGAN

Johor Bahru, 26-27 November 2024 – Baru-baru ini, satu bengkel pengenalan geologi tapak permatang sinklin Parit Sulong untuk produk pelancongan telah diadakan di bilik Mesyuarat Kuarza Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru. Bengkel telah dihadiri oleh pegawai-pegawai dan kakitangan JMG Johor dan dirasmikan oleh Pengarah JMG Johor, YBrs. Tn Haji Noorazhar bin Ngatimin.

Baca selanjutnya

Lawatan dari Japan International Cooperation Agency (JICA).

Lawatan dari  Japan International Cooperation Agency (JICA).
IPOH, 26 November 2024 – Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) telah menerima lawatan kali kedua daripada Japan International Cooperation Agency (JICA). Lawatan ke PPM ini merupakan sebahagian daripada rangka lawatan JICA ke JMG bertujuan meninjau kemajuan penyelidikan REE di Pusat Penyelidikan Mineral.
Lawatan dimulakan dengan sesi perkongsian berkaitan Galeri Penyelidikan PPM oleh Pn. Siti Mazatul Azwa binti Saiyed Mohd. Nurddin, taklimat berkaitan aktiviti R&D&C&I dan NR-REE di PPM disampaikan oleh oleh En. Mohd Zaid bin MD Sharif, Pegawai Penyelidik dari Cawangan Pemulihan Lombong dan Kuari di PPM.