MINERAL INVENTION AND INNOVATION EXPO (MIIE 2024)

MINERAL INVENTION AND INNOVATION EXPO (MIIE 2024)
IPOH, 20 November – Telah berlangsungnya satu pameran inovasi iaitu MINERAL INVENTION AND INNOVATION EXPO (MIIE 2024). Bertemakan “Powering the Future via Resilient Technology”, iaitu “Memperkasakan Masa Depan melalui Teknologi Berdaya Tahan”, MIIE 2024 telah berjaya membawa penglibatan kesemua lapan cawangan R&D di PPM dan turut berjaya menarik penglibatan Unit Pentadbiran dan Kewangan (UPK). Penganjuran MIIE 2024 merupakan satu inisiatif bagi mengadaptasi pameran inovasi antarabangsa seperti ITEX, MTE dan Geneva Inventions di peringkat organisasi.
Pameran inovasi MIIE 2024 yang diadakan bersempena Sambutan Hari Inovasi di peringkat PPM pada tahun ini merupakan satu komitmen yang komprehensif oleh seluruh gerak kerja Jawatankuasa Hari Inovasi PPM 2024 yang diterajui oleh Ts. Dr. Emee Marina binti Salleh. Usaha ini adalah untuk memperkasakan dan membudayakan sikap dinamik dan kreatif bagi menginovasikan hasil R&D berasaskan mineral. Melalui MIIE 2024, rekacipta TerraCraft telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Most Innovative Invention.
Inovasi yang signifikan berupaya memberi impak yang besar kepada perkembangan dan kemajuan organisasi serta negara. Justeru, adalah menjadi harapan utama agar program seumpama ini dapat diteruskan ke peringkat yang lebih tinggi bagi memartabatkan usaha rekacipta dan inovasi dalam industri mineral.
“Powering the Future via Resilient Technology”