Kunjungan dari Public Bank Berhad dan Perbincangan bagi mewujudkan kerjasama dua hala JMG-Public Bank Berhad.

Kunjungan dari Public Bank Berhad dan Perbincangan bagi mewujudkan kerjasama dua hala JMG-Public Bank Berhad.
Kunjungan dari Public Bank Berhad dan Perbincangan bagi mewujudkan kerjasama dua hala JMG-Public Bank Berhad.
 
📍 Ibu Pejabat JMG
📆 27 Disember 2023
 
Suatu sesi taklimat telah diberikan kepada Public Bank Berhad bagi menerangkan tentang program Geopark serta kepelbagaian Geotapak bagi rangka kerja berpotensi kelestarian alam sekitar dan tanggungjawab sosial korporat (CSR).
Semoga hubungan yang terjalin ini akan dimanfaatkan bagi perkembangan geosains antara kedua belah pihak.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE MAJLIS PENSIJILAN MINYAK SAWIT MALAYSIA

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE MAJLIS PENSIJILAN MINYAK SAWIT MALAYSIA
Shah Alam, 14 Disember - Pasukan Pensijilan dan Akreditasi PPM telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia (MPOCC).
Lawatan ini bertujuan mendapatkan maklumat dan perkongsian pengalaman mereka dalam merencana dan melaksana skim pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO).
Delegasi dari PPM disambut dan diberi taklimat oleh En. Tan Chee Yong selaku Pengurus Bahagian Outreach Technical & Extension Service, MPOCC.
Diharapkan dengan lawatan ini, pasukan pensijilan dan akreditasi PPM dapat mengambil input semaksimumnya dan dapat diaplikasikan dalam penyediaan prosedur pensijilan mineral nanti.

TAKLIMAT SUB-SKU (MYPERFORMANCE HRMIS) BAGI PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL TAHUN 2023

TAKLIMAT SUB-SKU (MYPERFORMANCE HRMIS) BAGI PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL TAHUN 2023
Ipoh,13 Disember - Taklimat Sub-SKU MyPerformance HRMIS bagi PPM Tahun 2023 telah diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Seminar, PPM. Taklimat telah disampaikan oleh Penyelaras SKU PPM iaitu Encik Hamdan bin Yahya.
Taklimat ini diadakan bertujuan memaklumkan kepada semua pegawai dan kakitangan PPM senarai Sub-SKU PPM 2O23 yang telah dimuktamadkan.
Melalui sesi taklimat ini juga penyelaras SKU PPM telah menerangkan tatacara pengisian/pengesahan Sub-SKU di dalam modul MyPerformance bagi tujuan penilaian LNPT tahun 2023 yang perlu diselesaikan oleh semua pegawai dan kakitangan PPM sebelum 31 Disember tahun ini.

MAJLIS APRESIASI INOVASI LESTARI BUDI

MAJLIS APRESIASI INOVASI LESTARI BUDI
IPOH, 12 Disember 2023 - Telah berlangsung dengan meriahnya hari ini Majlis Apresiasi Inovasi Lestari Budi di perkarangan Pusat Penyelidikan Mineral, Ipoh bermula dari jam 10.45 pagi hingga 2.00 petang.
Majlis ini diadakan sebagai tanda kesyukuran bagi meraikan kemenangan Kumpulan EUREKA dari Cawangan Teknologi Berasaskan Batuan (CTBB) yang telah berjaya menjulang kejuaraan bagi Kategori Anugerah Inovasi Lestari Bumi Hijau melalui projek "Inovasi Teknologi Lestari Bumi Hijau Melalui Kitar Semula Sisa Kapur Karbida bagi Penghasilan PCC sebagai Pengisi dalam Pembuatan Cat" sekaligus dinobatkan sebagai JUARA KESELURUHAN bagi ANUGERAH INOVASI MENTERI BESAR PERAK (AIMB 2023) yang telah berlangsung pada 1 November 2023 di SUK Perak.
Sebagai tanda penghargaan dan ingatan, majlis ini juga diadakan bagi meraikan kakitangan PPM yang telah bersara dan berpindah ke tempat baharu.
Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan atas segala sumbangan dan khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang perkhidmatan di Pusat Penyelidikan Mineral.
Majlis yang bertemakan "Kenduri Kampung" ini telah dimeriahkan dengan pelbagai juadah yang menyelerakan dan disajikan di warung-warung hiasan kampung.
Majlis telah diserikan dengan sesi pemotongan kek beramai-ramai oleh tetamu yang diraikan. Selain itu kenduri kampung ini juga turut dimeriahkan dengan penyampaian hadiah bagi Pemenang Pakaian Kampung Terbaik hasil undian tetamu yang hadir.
Sekalung penghargaan kepada semua pihak yang sama-sama menjayakan majlis ini daripada awal hingga akhir. Semoga PPM terus maju jaya dan gemilang di masa hadapan.

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN PPM BIL. 5/2023

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN PPM BIL. 5/2023
Ipoh, 8 Disember - Majlis Perhimpunan Bulanan Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) Bil. 5/2023 telah diadakan pada hari ini.
Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku diikuti dengan Lagu kebesaran Negeri Perak dan Lagu Perkhidmatan Awam. Bacaan doa telah dipimpin oleh En. Ahmad Asyraf, lafaz ikrar oleh En. Muhammad Zarif dan penaik bendera oleh En. Nazri Ahmad.
Pengarah Kanan PPM, Yang Berusaha Dr Nazwin binti Ahmad telah menyampaikan ucapan beliau diikuti dengan tayangan montaj aktiviti R&D&C&I, disusuli dengan sesi penyampaian Anugerah Pekerja Contoh Suku 3/2023 dan penyampaian watikah kenaikan pangkat dan pemangkuan kakitangan PPM.
Dalam majlis yang sama telah diadakan penyampaian piala kepada pasukan Eureka yang telah berjaya merangkul Johan bagi kategori Anugerah Inovasi Lestari Bumi Hijau serta berjaya merangkul hadiah utama iaitu Anugerah Inovasi Menteri Besar. Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Yang Berusaha Dr Nazwin binti Ahmad.