Optimizing Industrial Waste for Sustainable Mineral Production: A Geoscientific Approach to Precipitated Calcium Carbonate in Malaysia
PROGRAM PROMOSI PERKHIDMATAN UJIAN BATU DIMENSI KE KUARI SEKITAR NEGERI PERAK
SELAMAN VERIFIKASI SUBSRAT UNTUK KAWASAN CERAPAN PROFIL KEDALAMAN LAUT BERESOLUSI TINGGI (MBES) BAGI KAJIAN SUMBER PASIR LAUT NEGARA FASA 3B
IPOH, 8 November 2024: Pada 8-10 November 2024, Unit Geologi Marin, Bahagian Perkhidmatan Teknikal (BPT), JMG, bersama Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) melaksanakan cerapan data primer marin bagi Kajian Sumber Pasir Laut Negara Fasa 3B di perairan Terengganu dan Kelantan. Diketuai oleh TS. Dunstan Anthony dari NAHRIM, sesi verifikasi sedimen dasar laut ini bertujuan memastikan ketepatan data jenis substrat sedimen pada kawasan cerapan, menggunakan profil kedalaman beresolusi tinggi yang dihasilkan oleh Multibeam Echosounder (MBES).
Pemasangan Laser Ablation Untuk Analisis REE
IPOH, 18 November 2024: Hari ini telah dijalankan proses pemasangan unit baru Laser Ablation di Makmal REE Ipoh. Alat laser Ablation ini digunakan untuk analisis Unsur Nadir Bumi (REE) di makmal. Jurutera-jurutera dari Perkin Elmer Malaysia dan ESI Singapura sama-sama di dalam melaksanakan proses pemasangan ini.
Dengan adanya alat ini, bermakna Makmal REE JMG ini maju setapak lagi kehadapan dalam usaha untuk memberikan khidmat terbaik analisis REE kepada agensi kerajaan dan swasta.