Optimizing Industrial Waste for Sustainable Mineral Production: A Geoscientific Approach to Precipitated Calcium Carbonate in Malaysia

Optimizing Industrial Waste for Sustainable Mineral Production: A  Geoscientific Approach to Precipitated Calcium Carbonate in Malaysia
LANGKAWI, 6 NOV – Pegawai Penyelidik dari Pusat Penyelidikan Mineral, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (PPM-JMG), Ts. Zawawi Mahim telah membentangkan kertas teknikal yang bertajuk “Optimizing Industrial Waste for Sustainable Mineral Production: A Geoscientific Approach to Precipitated Calcium Carbonate in Malaysia”.
Pembentangan itu telah diadakan semasa 'Thematic Session' bagi 'The 60th Annual Session and 83rd Coordinating Committee For Geoscience Programmes' (CCOP) yang berlangsung di Parkroyal Langkawi Resort, Langkawi, Kedah, Malaysia bermula 3 – 8 November 2024. Program ini telah menghimpunkan 250 ahli geosains dari 27 buah negara dan pelbagai organisasi.
Dalam perbentangan tersebut, Ts. Zawawi mengetengahkan usaha Malaysia untuk menukar sisa industri kepada produk mineral berkualiti tinggi melalui amalan kitar semula yang inovatif. Fokus pembentangan adalah mengenai penukaran sisa kapur karbida; iaitu hasil sampingan daripada industri penghasilan gas asetilena, menjadi kalsium karbonat termendak (PCC), satu sumber bernilai yang digunakan dalam industri plastik, cat, dan kertas.