IPOH, 8 November 2024: Pada 8-10 November 2024, Unit Geologi Marin, Bahagian Perkhidmatan Teknikal (BPT), JMG, bersama Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) melaksanakan cerapan data primer marin bagi Kajian Sumber Pasir Laut Negara Fasa 3B di perairan Terengganu dan Kelantan. Diketuai oleh TS. Dunstan Anthony dari NAHRIM, sesi verifikasi sedimen dasar laut ini bertujuan memastikan ketepatan data jenis substrat sedimen pada kawasan cerapan, menggunakan profil kedalaman beresolusi tinggi yang dihasilkan oleh Multibeam Echosounder (MBES).
PGeol Amin Noorasid bin Abdul Jalil dan En. Nur Muhammad Asyraf bin Mansor dari JMG turut terlibat dalam sesi ini bagi memberikan panduan serta melakukan pengambilan sampel sedimen untuk dihantar ke makmal bagi analisis lanjut. Usaha ini akan memastikan kualiti dan ketepatan data untuk kajian sumber pasir laut negara, selain menyokong pembangunan model hidraulik di kawasan kajian.
#JMG #NAHRIM #KajianGeologiMarin #SumberPasirLaut #MalaysiaMadani