KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA NEGERI SELANGOR KE PEJABAT PENGARAH JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA SELANGOR/WILAYAH PERSEKUTUAN

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA NEGERI SELANGOR KE PEJABAT PENGARAH JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA  SELANGOR/WILAYAH PERSEKUTUAN

SHAH ALAM, 12 Januari 2024 - Pengarah JMG Selangor Encik Tuan Rusli bin Tuan Mohamed telah menerima kunjungan hormat dari Jabatan Perangkaan Negeri Selangor (DOSM) yang diketuai oleh Puan Hartini binti Yaacob, Pengarah DOSM bersama-sama para pegawainya pada 12hb Januari 2024. Turut hadir bersama adalah Timbalan-Timbalan Pengarah serta beberapa Pegawai Kanan JMGSWP.

Sesi kunjungan hormat ini bertujuan untuk bertukar-tukar pandangan dan input dalam melaksanakan sesi Banci 2024 yang dirancang dengan objektif menyediakan data tentang struktur dan penyelarasan statistik semasa. Tuan Pengarah juga telah menerangkan kepada rombongan tentang peranan Jabatan serta input berkaitan statistik mineral seperti pengeluaran mineral dan bahan batuan, penggunaan bahan mineral dalam industri serta dagangan luar negara berkaitan mineral.

Jabatan mengucapkan ribuan terima kasih atas kunjungan tersebut.

Kunjungan Hormat Japan Water Forum kepada Ketua Pengarah JMG Malaysia

Kunjungan Hormat Japan Water Forum kepada Ketua Pengarah JMG Malaysia
Kunjungan Hormat Japan Water Forum kepada Ketua Pengarah JMG Malaysia
 
📍 Ibu Pejabat JMG, Putrajaya
⏰ 16 Januari 2024
 
YBhg. Datuk P.Geol. Zamri b. Ramli, Ketua Pengarah JMG telah menerima kunjungan hormat dari pihak Japan Water Forum (JWF) yang terdiri daripada pakar-pakar berkaitan air bawah tanah dan air permukaan.
 
Sebagai makluman JWF berfungsi sebagai agensi perhubungan Negara Jepun bagi pelbagai program kerjasama antara pihak berkepentingan air di Jepun dan di luar negara. Antara kerjasama yang dijalankan oleh JWF ialah kerjasama antara agensi-agensi di bawah PBB, organisasi antarabangsa, pihak kerajaan dan swasta di pelbagai negara, penyelidik dan NGO.
Dalam pertemuan ini, perbincangan teknikal telah dijalankan mengkhususkan potensi eksplorasi, penggunaan dan pengurusan sumber air bawah tanah di beberapa kawasan di Malaysia.
 
Perkongsian teknikal dan pertukaran pendapat seumpama ini pastinya akan memajukan lagi perkembangan air bawah tanah di negara ini.

Siri III: Program “Expert Deployment Mechanism for Trade and Development (EDM): The Technical Assistance (TA) on Promoting Sustainable Mining Practices in Malaysia” - Sesi Libat Urus Bersama Sekretariat Majlis Mineral Negara [03/08].

Satu sesi libat urus bersama pihak Sekretariat Majlis Mineral Negara telah diadakan pada 16 Januari 2024 yang terdiri daripada pegawai-pegawai kanan daripada Bahagian Mineral dan Geosains Malaysia, NRES yang memfokuskan kepada hala tuju pembangunan industri mineral negara secara mampan melalui Pelan Transformasi Industri Mineral Negara 2021 – 2030 (Pelan TIM 2021 – 2030) serta pembangunan suatu dasar baharu mengenai industri perlombongan, pengkuarian dan pemprosesan mineral di Malaysia bagi mengganti atau menambahbaik dasar semasa iaitu ‘Dasar Mineral Negara 2’

Siri II: Program “Expert Deployment Mechanism for Trade and Development (EDM): The Technical Assistance (TA) on Promoting Sustainable Mining Practices in Malaysia” : Sesi-sesi Libat Urus Bersama Pihak Berkuasa Negeri mengenai Mineral [02/08]

16 Januari 2024, Ibu Pejabat JMG – Satu sesi libat urus bersama pihak berkuasa negeri berkaitan mineral bagi mengadakan perbincangan dengan pihak perunding iaitu Rideau Potomac Strategy Group (RPSG). Sesi libat urus ini telah dihadiri oleh YBhg. Dato’ Mohamad Fariz bin Mohamad Hanip, Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak, En. Mohd Ridwan bin Abdul Razak dan En. Hamidun bin Ahmad sebagai wakil daripada Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Pahang, Pegawai-pegawai kanan daripada Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kelantan (secara dalam talian) serta YBrs. Pn. Siti Aminah bt. Abdul Sarif, Pengarah JMG Pahang.
 
Pihak RPSG telah mendapatkan gambaran hala tuju pembangunan mineral bagi mengenalpasti pelbagai cabaran yang sedang dihadapi oleh Pihak Berkuasa Negeri dalam mengurus tadbir tenemen mineral di negeri masing-masing. Program dan sesi-sesi libat urus seperti ini juga turut dirancang untuk diperluaskan kepada pelbagai pihak berkepentingan mengenai mineral di peringkat negeri seluruh Malaysia.

Siri I: Program “Expert Deployment Mechanism for Trade and Development (EDM): The Technical Assistance (TA) on Promoting Sustainable Mining Practices in Malaysia” [01/08]

15 Januari 2024, Ibu Pejabat JMG - Satu mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengarah Cawangan Ekonomi Mineral telah diadakan bagi koordinasi dan penyelarasan program kerjasama di antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Kanada melalui program “Expert Deployment Mechanism for Trade and Development (EDM): The Technical Assistance (TA) on Promoting Sustainable Mining Practices in Malaysia” yang akan dijalankan di antara bulan Januari sehingga bulan April tahun ini.
 
Sinergi ini yang diselaras oleh Unit Tekno Ekonomi selaku urusetia dan ahli jawatankuasa bertindak terhadap amalan kemampanan dalam sektor perlombongan, pengkuarian dan pemprosesan mineral di Malaysia dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan daripada Bahagian Mineral dan Geosains, NRES. Perunding yang dilantik oleh Kerajaan Kanada iaitu En Eric T. Miller dari Rideau Potomac Strategy Group (RPSG) dan En. Mark A. Camilleri memperincikan perjalanan program yang akan diadakan, selain berkongsi pandangan dan pengalaman mengenai amalan kemampanan yang terbaik dalam sektor ini yang dilaksanakan di peringkat antarabangsa.