MAJLIS SEJAMBAK KENANGAN, SELAUTAN PENGHARGAANMAJLIS SEJAMBAK KENANGAN, SELAUTAN PENGHARGAAN

MAJLIS SEJAMBAK KENANGAN, SELAUTAN PENGHARGAANMAJLIS SEJAMBAK KENANGAN, SELAUTAN PENGHARGAAN
IPOH, 11 DISEMBER – Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) dengan kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan (KSKPPM) telah menganjurkan “Majlis Sejambak Kenangan, Selautan Penghargaan” yang berlangsung di Dewan Hotel Casuarina, Meru, Ipoh. Majlis ini diadakan bagi menghargai kakitangan yang telah bersara dan berpindah, sebagai penghormatan atas jasa dan sumbangan mereka sepanjang berkhidmat di PPM.
Majlis yang penuh bermakna ini turut dihadiri oleh Yang Berusaha Dr. Nazwin binti Ahmad, Pengarah Kanan Pusat Penyelidikan Mineral, bersama-sama Ketua-ketua Cawangan, Pegawai-pegawai Penyelidik, serta kakitangan Pusat Penyelidikan Mineral yang lain. Kehadiran tetamu istimewa, iaitu para kakitangan yang telah bersara dan berpindah, memeriahkan suasana majlis yang diwarnai dengan rasa syukur dan penghargaan.
Dalam ucapan beliau, Pengarah Kanan PPM menyampaikan penghargaan mendalam kepada kakitangan yang diraikan atas dedikasi dan komitmen mereka selama ini. Beliau menekankan bahawa jasa dan pengorbanan mereka akan terus dikenang, dan berharap hubungan silaturahim yang terjalin selama ini akan kekal utuh walaupun mereka telah melangkah ke fasa baharu kehidupan.
Majlis turut diserikan dengan sesi penyampaian cenderamata kepada kakitangan yang bersara dan berpindah sebagai tanda penghargaan atas segala sumbangan mereka. Di samping itu, majlis ini menjadi platform untuk mengukuhkan hubungan antara warga kerja PPM dan mengenang detik-detik indah yang telah dilalui bersama.
Ucapan daripada wakil kakitangan yang bersara, Dr. Ismail bin Ibrahim, serta wakil kakitangan yang berpindah, Puan Nurul Aisyah Yap binti Abdullah, turut menceriakan majlis dengan perkongsian penuh emosi dan kenangan manis. Aktiviti permainan dan persembahan yang dikendalikan oleh kakitangan PPM menambah lagi kemeriahan suasana.
Pusat Penyelidikan Mineral mengucapkan selamat maju jaya kepada kakitangan yang diraikan dan mendoakan kejayaan mereka dalam setiap langkah yang bakal diambil. Terima kasih atas segala sumbangan dan kenangan indah yang telah tercipta bersama.