PENGALAMAN BAHARU DI CAWANGAN TEKNOLOGI PEMPROSESAN MINERAL (CTPM)

PENGALAMAN BAHARU DI CAWANGAN TEKNOLOGI PEMPROSESAN MINERAL (CTPM)
IPOH,19 NOVEMBER - Cawangan Teknologi Pemprosesan Mineral (CTPM) dengan sukacitanya menyambut kehadiran empat pembantu penyelidik baru dan seorang pelajar latihan industri untuk menjalani program orientasi selama dua hari.
Program ini bertujuan memberikan pendedahan awal tentang aktiviti kajian dan pembangunan serta perkhidmatan pemprosesan mineral yang dijalankan khususnya di makmal CTPM.
Antara aktiviti menarik yang diadakan termasuk:
✨ Demonstrasi dan praktikal penyediaan sampel untuk proses pengasingan mineral.
✨ Penerangan tentang penggunaan peralatan pengasingan mineral di Makmal Pemprosesan Mineral, termasuk proses pengapungan buih.
✨ Aktiviti mendulang, yang memberi pengalaman langsung dalam mengenal pasti dan mengekstrak mineral.
✨ Teknik pengecaman mineral serta penyediaan sampel untuk analisis menggunakan peralatan XRF.
Program ini bukan sahaja memberi pendedahan teori dan praktikal, tetapi juga membuka ruang kepada mereka untuk memahami dunia mineral dengan lebih mendalam. Diharapkan ilmu dan pengalaman ini dapat dimanfaatkan oleh mereka dalam melaksanakan tugas.