IPOH, 15 NOVEMBER – Sekalung tahniah buat PPM atas kejayaan melepasi audit pensijilan semula (recertification audit) yang telah dijalankan pada 14 - 15 November 2024 oleh auditor dari SIRIM QAS International Sdn. Bhd., Puan Meena a/p Ragawan dan En. Muhammad Fadhlullah bin Rahmat.
Audit pensijilan semula ini bertujuan memastikan pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) dalam setiap Cawangan/ Unit berada dalam keadaan mematuhi keperluan standard MS ISO 9001:2015 serta memastikan pengurusan risiko dan peluang diambil kira dalam pelaksanaan SPK Cawangan/ Unit dan memastikan proses tambah nilai yang berterusan dilakukan dalam pelaksanaan sistem tersebut.
Sebagai rekod, PPM mula menerima pengiktirafan MS ISO 9001:2008 dari SIRIM pada Disember 2012 untuk skop Ujian Batu Dimensi (UBD) dan Disember 2014 bagi skop Ujian Pemprosesan Mineral (UPM).
Setinggi-tinggi syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh warga PPM atas kejayaan ini. Semoga PPM terus komited dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggan bagi kedua-dua skop ini dan terus melakar kejayaan cemerlang pada masa hadapan.