KOTA KINABALU, SABAH (17HB JANUARI 2018) : Rabu jam 9.00 pagi Unit Pengurusan Maklumat JMG Sabah telah mengadakan satu mesyuarat bagi membincangkan agenda-agenda dan perancangan unit tersebut dalam tahun 2018 di Bilik Mesyuarat Chromite, JMG Sabah.
Mesyuarat dipengerusikan oleh En. Eddie Affandy bin Mohd. Yusslee selaku Ketua Unit Pengurusan Maklumat. Antara ahli-ahli mesyuarat adalah terdiri daripada kakitangan di Unit Pengurusan Maklumat sendiri. Mereka adalah Pn. Suriani binti Ramlee (setiausaha), Pn. Shuryanteh binti Mohd. Yassin, Pn. Besty Jenna Adim, Pn. Normi Adok, Pn. Margaret Stephen Mozimin, En. Ebahrim Bedin dan En. Peter Suking.
Sumbangan Gambar : En. Eddie Affandy bin Mohd. Yusslee