Mesyuarat Aktiviti Mineral Berlogam Bil.1/2018

Mesyuarat Aktiviti Mineral Berlogam Bil.1/2018

Kota Kinabalu, Sabah : 24 Januari 2018 (Rabu) -  Mesyuarat Aktiviti Mineral Berlogam Bi.1/2018 telah diadakan pada jam 9 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Sumber Mineral, JMG Sabah. Mesyuarat dipengerusikan oleh Pn. Jenneth Cyril selaku Ketua Aktiviti Mineral Berlogam. Turut hadir dalam mesyuarat ini, En. Cleafos Totu (Pegawai Geosains), En. Mison Bin Ajum (Pegawai Geosains), En. Adyrean Edero Jingkah (Pen. Pegawai Geosains), En. Hj. Japili Samin (Pembantu Geosains), dan En. Daigo Intang (Pembantu Geosains).

 

Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan persediaan bagi 2 projek yang akan dijalankan pada tahun ini iaitu Projek Penilaian Emas Jalur Tengah Sabah - Kajian Terperinci Emas Kawasan Sungai Mentelitip, Semenanjung Semporna, Sabah dan Projek Penilaian Potensi Sumber Unsur Nadi Bumi (REE), Thorium dan Skandium, Sabah - Kajian Susulan Potensi Sumber Unsur Nadi Bumi (REE), Thorium dan Skandium Kawasan Sungai Liou-Liou, Telupid, Sabah.

 

gmbr 2

 

Sumber Photo : En. Daigo Intang

Written by : ADYREAN