IPOH, PERAK (26 JANUARI 2018) : JUMAAT, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia telah mengadakan satu Mesyuarat Penyelarasan Projek Pembangunan RMKe 11 dan agihan peruntukan 2018 (Geosains) bil.1/2018 pada 24 hingga 27 Januari 2018 bertempat di Kinta Riverfront Hotel & Suites, Jalan Lim Bo Seng, Ipoh, Perak.
JMG Sabah telah menghantar beberapa orang pegawai geosains yang terlibat dengan Aktiviti Geowarisan untuk turut hadir dalam mesyuarat dan agihan peruntukan tersebut. Antara mereka yang hadir dan terlibat dengan Aktiviti Geowarisan adalah En. Paulius Godwin, Pn. Jenneth Cyril dan En. Farid bin Zainudin. Manakala Tn. Hj. Abdul Kadir bin Ahmad, En. Jaineh Lingi dan En Khairun Nasir bin Moktar juga hadir dalam mesyuarat tersebut. En. Paulius Godwin telah membentangkan taklimat berkaitan Geowarisan bagi mewakili JMG Sabah.
Sumber Photo : En. Eddie Affandy bin Mohd. Yusslee
Sumber Maklumat : En. Farid bin Zainudin