PENYELENGGARAN MONUMENT DI GUNUNG KINABALU OLEH PEGAWAI GEOSAINS JMG SABAH

PENYELENGGARAN MONUMENT DI GUNUNG KINABALU OLEH PEGAWAI GEOSAINS JMG SABAH

KUNDASANG, SABAH (29 JANUARI 2018) : ISNIN, JMG Sabah telah menghantar wakil daripada kalangan Pegawai Geosains JMG Sabah bersama Syarikat pembekal Alat KTI Technical Sdn. Bhd ke monument yang telah dipasang sebelum ini di puncak Gunung Kinabalu.

Pegawai Geosains tersebut adalah En. Goh Khean Seong dari Aktiviti Kejuruteraan JMG Sabah bersama En. Suhaimie Suman (pemandu) dan juga merupakan badang JMG Sabah. Mereka berada di puncak Gunung Kinabalu dari 27 Januari sehingga 29 Januari 2018 bersama beberapa orang lagi wakil dari Syarikat Pembekal KTI Technical Sdn. Bhd.

Pihak Garmin Malaysia meminta JMG Sabah agar sentiasa membuat penyelenggaraan kepada alat yang telah dipasang di puncak gunung itu bagi memastikan alat tersebut berfungsi dengan baik atau sebaliknya.

Sumber Maklumat : En. Goh Khean Seong

Sumber Photo : En. Suhaimie bin Suman

page 1

Page 2

Page 3

 

Written by : Suriani Ramlee