MESYUARAT PERBINCANGAN AKHIR PERSIAPAN HARI KELUARGA KEM-G 2018

MESYUARAT PERBINCANGAN AKHIR PERSIAPAN HARI KELUARGA KEM-G 2018

KOTA KINABALU, SABAH (27 FEBRUARI 2018) : SELASA, Satu mesyuarat berkaitan dengan perbincangan akhir persiapan sambutan Hari Keluarga anjuran Kelab Kebajikan & Rekreasi (KEM-G) Jabatan Mineral & Geosains Sabah telah diadakan di Bilik Mesyuarat Magnetite, Tkt. 3 Blok Jesselton JMG Sabah.

 

 

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh En. Goh Khean Seong bagi mewakili Presiden KEM-G yang tidak dapat hadir disebabkan kepentingan dengan tugas utama di luar pejabat yang perlu diselesaikan dengan kadar segera. Hadir sama dalam mesyuarat ini juga adalah Bendahari KEM-G, Pn. Suriani binti Ramlee dan Ahli Jawatankuasa yang lain iaitu En. Mohd Ariss bin Abd. Salam, En. Herorisan bin Paruka, En. Ezzrold Arnold Gopining, En. John Ingkangu, Pn. Shuryanteh binti Mohd. Yassin, Pn. Margaret Mozimin dan Cik Helviana Malaya. Beberapa AJK lain tidak dapat hadir dalam mesyuarat ini disebabkan keperluan bidang tugas hakiki yang lebih utama adalah perlu diselesaikan dengan sewajarnya. Mesyuarat yang bermula pada jam 9.00 pagi ini telah berakhir sekitar jam 11.00 pagi.

View the embedded image gallery online at:
http://blog.jmg.gov.my/2018-02-27-15-29-45#sigProIdcec601174c

Written by : HERORISAN