SYABAS BUAT PEGAWAI-PEGAWAI YANG DIPILIH MENGHADIRI SEMINAR LUAR NEGARA DAN MELANJUTKAN PENGAJIAN DI PERINGKAT LEBIH TINGGI

SYABAS BUAT PEGAWAI-PEGAWAI YANG DIPILIH MENGHADIRI SEMINAR LUAR NEGARA DAN MELANJUTKAN PENGAJIAN DI PERINGKAT LEBIH TINGGI

KOTA KINABALU, SABAH (28 FEBRUARI 2018) : RABU, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Sabah mengucapkan  setinggi Tahniah buat semua mereka yang berjaya menjalani seminar di luar negara dan melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi lagi.

Seramai 2 orang kakitangan JMG Sabah telah dipilih untuk menghadiri seminar atau kursus pendek di luar negara. Mereka adalah Dr. Frederick F. Tating, Ketua Pegawai Geosains C48 dan En. Fredolin Javino, Ketua Pegawai Geosains C48 (KUP). Dr. Frederick F. Tating akan menjalani seminar di Beijing, China pada 19hb Mac hingga 24hb Mac 2018 dan  seminar yang dihadiri adalah “Seminar On Utilization Of Remote Sensing Technology in Resources and Environment”. Manakala En. Fredolin Javino menghadiri Simposium ASIA berkaitan Tenaga Geothermal dan pembentang jemputan kertas kerja yang bertajuk ‘”Geothermal Exploration in Young Volcanic Rocks” di Offenburg, Germany pada 28 Februari hingga 2 Mac 2018. Syabas buat mereka berdua kerana terpilih menghadiri seminar di luar negara, semoga mereka berdua akan mendapat ilmu dan akan memberikan yang terbuat buat JMG Sabah kelak.

JMG Sabah juga turut mengucapkan syabas dan tahniah buat En. Ahmad Khairut Termizi bin Mohd Daud, Pegawai Geosains C41 kerana berjaya melanjutkan pengajian beliau ke peringkat lebih tinggi. Beliau mendapat tawaran Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dengan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBPTB) oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan melanjutkan pengajian di Universiti Malaysia Sabah di peringkat Ph.D dalam bidang Earth Science bermula pada 24 Februari 2018 hingga 23 Ogos 2021. Semoga beliau beroleh kejayaan yang cemerlang.

Syabas dan Tahniah buat ketiga-tiga mereka ini

Written by : Suriani Ramlee