MESYUARAT AKTIVITI GEOLOGI WARISAN BIL.2/2018

MESYUARAT AKTIVITI GEOLOGI WARISAN BIL.2/2018

KOTA KINABALU, SABAH (17 APRIL 2018) SELASA: Mesyuarat Aktiviti Geologi Warisan Bil.2/2018 telah diadakan di Bilik Latihan Magnetite, Tingkat 3, Blok Jesselton, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Sabah (JMG Sabah). Mesyuarat yang berlangsung pada jam 9:00 pagi tersebut telah dipengerusikan oleh En. Paulus Godwin yang juga merupakan Ketua Unit Geosains (KUGS). 

Mesyuarat ini adalah lanjutan daripada Bengkel Unesco Global Geopark di Taman Kinabalu pada 12 dan 13 April lepas yang membincangkan berkenaan dengan pemilihan cadangan geotapak di kawasan 'Aspirasi Kinabalu Geopark'.

Sejumlah 46 lokasi cadangan geotapak telah dikenalpasti yang merangkumi daerah Ranau, Kota Belud, Kota Marudu dan sekitar kawasan Gunung Kinabalu. Pembahagian tugas dalam pencirian lokasi geotapak juga telah dibincangkan dalam mesyuarat pada kali ini.

Kakitangan lain yang turut terlibat sama dalam mesyuarat ini ialah En. Farid Zainudin, Ketua Aktiviti Geologi Warisan, En. Mison Ajum, Pegawai Geosains dan lima orang Pembantu Geosains iaitu En. Malai Osman Malai Muhamad, En. Jolouis Supilin, En. Kassim Jusrin, En. Levy Mosungkai dan En. Herorisan Paruka.

Mesyuarat telah ditangguhkan pada jam 12:00 tengah hari.

View the embedded image gallery online at:
http://blog.jmg.gov.my/2018-04-17-15-00-31#sigProId580ad38ee7

Written by : HERORISAN