LAHAD DATU, SABAH (27 – 30 OGOS 2019) : Pada 27 – 28 Ogos 2019 Mesyuarat tertumpu pada penyediaan dokumen tender PAG (Fasa Akhir) yang dipengerusi oleh Dr. Frederick Francis Tating dan ahli-ahli yang hadir adalah En. Ahmad Zulkifli bin Kamaruzaman dan En. Mohd Safid bin Saad (BPT), En. Abdul Rahim bin Harun dan En. Mazlan bin Mohd Zain (Ibu Pejabat) serta ahli-ahli lain dari JMG Sabah iaitu En. Bailon Golutin, En. Eddie Affandy bin Mohd Yusslee dan Pn. Lena Anggie. Turut hadir membantu mesyuarat Pn. Besty Jenny Adim (urusetia) dan En. Dharmin bin Muaiyad. Pada 29 Ogos 2019, ajk berkesempatan membuat lawatan tapak bagi Projek Survei Magnetotelurik (MT) di kawasan Tabin, ajk telah dibantu oleh kakitangan iaitu En. Awang Besar bin Hj. Kula, En. Mohd. Azrol bin Mohd. Hanafi dan En. Fiqria Haziq Ahyai Abdullah bersama-sama dengan pihak syarikat Geo Technology Resources Sdn Bhd yang sedang menjalankan kerja luar serta latihan MT di Lahad Datu. Turut hadir pada lawatan kali ini adalah En. Fredolin Javino. Sebelum mesyuarat diakhiri pada 30 Ogos 2019, satu Taklimat Ringkas mengenai Kemajuan Projek Survei MT oleh syarikat tersebut telah dibentang pada hari berkenaan disertakan penyerahan beberapa aset MT untuk dijadikan Hak Kerajaan Malaysia.
http://blog.jmg.gov.my/2020-03-05-08-13-47#sigProId3138cf9b3f