Majlis Persaraan dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)

Majlis Persaraan dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)

09 Julai 2023 (Ahad)

JMG Kelantan telah mengadakan Majlis Persaraan dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bertempat di Restaurant New Horizon, Kota Bharu, Kelantan pada 9 Julai 2023.

Majlis dihadiri oleh semua kakitangan JMG Kelantan dan Pn Anishah binti Mat Jusoh (pesara), iaitu kakitangan yang diraikan.Puan Anishah telah bersara wajib pada 29 Mei 2023. Beliau telah berkhidmat selama 23 tahun di JMG Kelantan dimana beliau telah mula berkhidmat di JMG Kelantan pada 16 Ogos 2000 sehingga 29 Mei 2023.

Selamat Bersara diucapkan kepada Puan Anishah dan terima kasih diatas segala khidmat di JMG, serta didoakan semoga dikurniakan kesihatan yang baik.

Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) telah disampaikan oleh Tuan Pengarah JMG Kelantan iaitu En. Zaidi bin Daud. Kakitangan yang menerima anugerah APC ialah Cik Atilia binti Bashardin (Pegawai Geosains C41), En. Ahmed Safwan bin Zainal Abidin (Pembantu Geosains C22) dan En. Huzairi bin Yusoff (Pemandu kenderaan H11).

Tahniah diucapkan kepada semua penerima APC, semoga terus maju jayaΒ  dan cemerlang dalam perhidmatan awam terutamanya dalam JMG Kelantan dan terima kasih diatas segala sumbangan dan khidmat tugas yang diberi selama berada di JMG Kelantan. Β