IPOH, 15 JUN - Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) telah mengadakan Mesyuarat Familiarisasi Aplikasi MySDI di Dewan Seminar PPM selama dua hari. Mesyuarat tersebut diadakan bertujuan untuk menguji dan memverifikasi sistem aplikasi MySDI yang telah dibangunkan oleh pihak PPM. Familiarisasi sistem adalah penting untuk semua auditor sebelum digunapakai secara menyeluruh oleh pihak penguatkuasa jabatan dan pengusaha lombong serta kuari seluruh negara. Mesyuarat tersebut dihadiri oleh pegawai Unit Pembangunan Lombong dan Kuari dari setiap JMG negeri di Malaysia dan juga kakitangan Cawangan Teknologi Perlombongan dan Pengkuarian.