
Kunjungan Hormat oleh Chengdu Center, China Geological Survey ke JMG dan Perbincangan Kerjasama Dua Hala.
Ibu Pejabat JMG telah menerima suatu kunjungan hormat daripada Chengdu Center, China Geological Survey CC-CGS dan suatu sesi perbincangan ke arah kerjasama 2 hala telah dijalankan.
Pihak Pengurusan JMG telah diketuai oleh Y.Brs. P.Geol. En. Abdullah Sulaiman F.I.G.M. , Timbalan Ketua Pengarah (Korporat dan Ekonomi Mineral) JMG, manakala CC-CGS telah diketuai oleh En. Mou Chuanlong, Timbalan Ketua Pengarah CC-CGS.
Perbincangan menjurus kepada perkongsian data geosains dan perkembangan geosains di negara ASEAN serta serantau. Sesi perbincangan telah dijalankan dengan suasana santai dan kata sepakat ke arah kerjasama lanjut telah dipersetujui.