Ipoh, 1 Februari 2024: Telah diadakan sesi pemeriksaan kebocoran gas di Makmal BPT. Acara ini adalah bertujuan untuk memeirksa samada terdapat kebocoran gas yang digunakan untuk analisis kimia di makmal. Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Unit Pemadaman Kebakaran Ipoh dan Unit HAZMAT Pasir Putih telah dipanggil.
Pemeriksaan mendapati terdapat kebocoran kecil pada tangki gas ammonia dan regulator. Walaubagaimana pun kebocoran ini telah dapat dikenalpasti dan diatasi dalam waktu yang singkat.
Terima kasih diucapkan kepada pihak JBP Ipoh atas kerjasama ini. Terima kasih juga kepada En Mohd Fahami Abas atas tindakan bijak dan pantas beliau selaku sebagai Pegawai OSHA BPT.