PERBINCANGAN DUA HALA ANTARA PIHAK JMG DAN JICA BERKAITAN 'JICA SURVEY MISSION FOR MINING PROJECT IN MALAYSIA'

PUTRAJAYA: Kepentingan pembangunan industri mineral negara dengan kaedah Transfer of Technology (T o T) daripada negara-negara luar perlu diberi perhatian dan diutamakan, sekali gus diambil kira dan menjadi wadah perbincangan pada majlis makan malam JMG bersama Japan International Cooperation Agency (JICA). Sinergi ini dihadiri oleh YBhg. Datuk P.Geol. Zamri bin Ramli, Ketua Pengarah JMG dengan diiringi oleh Pengarah Ekonomi Mineral dan beberapa pegawai Ibu Pejabat JMG. Antara intipati perbincangan agar pihak JICA dapat membuat suatu kajian genesis kewujudan dan kaedah perlombongan NRREE selain "in-situ leaching" di Malaysia dan pihak JICA menyambut baik cadangan ini dengan turut melibatkan penyelidik-penyelidik Universiti di Jepun.

MESYUARAT ANTARA JMG DAN JICA BAGI MEMBINCANGKAN 'JICA SURVEY MISSION FOR MINING PROJECT IN MALAYSIA'

PUTRAJAYA,
 
11 Disember 2023 – Satu mesyuarat antara JMG dan Japan International Cooperation Agency (JICA) telah diadakan di Ibu Pejabat JMG bagi misi tinjauan JICA untuk projek perlombongan mineral di Malaysia yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JMG, Tn. Hj. Kamaruddan bin Abdullah. Mesyuarat ini juga dihadiri oleh SUB BMG NRECC, Pengarah Ekonomi Mineral dan pegawai-pegawai lain dari Cawangan Ekonomi Mineral serta pejabat JMG Negeri. Pihak JICA sangat berminat dan teruja dengan hasil kajian mineral yang telah dijalankan oleh JMG terutamanya melibatkan unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE). Diharapkan misi tinjauan ini akan menjadi pemangkin pelaburan dan pertumbuhan industri mineral di Malaysia.

Kunjungan Hormat YBhg. Datuk P.Geol. Zamri b. Ramli, Ketua Pengarah JMG kepada YB Tan Sri Dato’ Dr. Haji Azmi bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Darul Takzim.

Semoga hubungan dan kerjasama baik antara JMG dan Kerajaan Negeri Johor akan sentiasa membuahkan hasil bagi kesejahteraan rakyat Negeri Johor.

Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI.

Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI.
Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI.
 
⏳8 - 10 Disember 2023
📍 Pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil.
 
Jom.. jom... jumpa kami di Reruai NRECC, Khemah 1, No. 008 Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Nak data mineral dan geosains secara PERCUMA ?
JMG akan mempromosikan Aplikasi Sistem Maklumat Geospatial Mineral dan Geosains Malaysia (MyGEMS). Menarik tau 😎
Pelbagai aktiviti lain juga akan disediakan di Reruai NRECC.

PEMERIKSAAN KESIHATAN KAKITANGAN JMG TERENGGANU

PEMERIKSAAN KESIHATAN KAKITANGAN JMG TERENGGANU

Pada 30 November, Perhimpunan Bulanan November telah diadakan dengan giliran penganjuran oleh unit Geosains. Perhimpunan ini telah diadakan bersekali dengan Saringan dan Ceramah Kesihatan dengan kerjasama KESKET. Pemeriksaaan Saringan Kesihatan ini telah menerima sambutan positif daripada kakitangan JMG. Pegawai Perubatan yang hadir juga turut memberi khidmat nasihat kesihatan kepada kakitangan yang berisiko selepas ujian saringan dilaksanakan. Ceramah kesihatan berkaitan penyakit tidak berjangkit bersemepena dengan bulan Diabetes turut diadakan selepas ujian saringan kesihatan dilaksanakan. Terima kasih kepada Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu yang telah memberi kerjasama yang baik dan semoga program ini dapat dianjurkan secara berkala. Pada masa yang sama, pengisiaan perhimpunan bulanan turut dimeriahkan dengan sambutan Hari Lahir selain dari ucapan Pengarah JMG Terengganu.