Johor Bahru, 21 Oktober 2023 - Jabatan Alam Sekitar (JAS) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Johor, telah mengajurkan Majlis Perasmian Sambutan Hari Alam Sekitar Negara 2023(HASN 2023) peringkat kebangsaan di Hutan Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), Mutiara Rini, Johor Bahru, Johor Darul Ta'zim.
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMGSWP BAGI BULAN OKTOBER 2023
SHAH ALAM, JMGSWP, 20 Oktober 2023 - Majlis Perhimpunan Bulanan bagi Bulan Oktober 2023 dan Sesi Taklimat Pengenalan Sistem MyGEMS kepada warga JMGSWP telah berlangsung dan bertempat di Bilik Mesyuarat Kuarza, Jabatan Mineral dan Geosains Selangor/Wilayah Persekutuan.
Pada majlis perhimpunan tersebut juga warga jabatan diperkenalkan kepada dua kakitangan yang baru melaporkan diri dan mereka adalah Puan Nurfaten Nadia binti Mohd Zaman, Penolong Pegawai Tadbir serta Puan Rahaida binti Muhammad, Pembantu Setiausaha Pejabat.
MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA (HASN) 2023 PERINGKAT KEBANGSAAN
TREASURE HUNT @GEOPARK
Treasure hunt telah diadakan di Pulau Besar, Melaka pada 21 Oktober 2023 sempena program promosi dan kesedaran awam di geotapak Pulau Besar, Melaka
Biodiversity, Climate Change and Sustainable Communities
Forum of Biodiversity, Climate Change and Sustainable Communities telah diadakan di University of Cyberjaya (UOC). Panel daripada JMG dihadiri oleh YBrs. Ts. P.Geol Muhammad Mustadza bin Mazni bersama sama dengan beberapa panel daripada PERHILITAN, Utusan Melayu ( Malaysia) dan Malaysian Nature Society.