Unit Pembangunan Lombong dan Kuari (UPLK), JMG Sarawak telah menjalankan Peperiksaan Pembedil (Amali) Bilangan 1 Tahun 2023 Sesi 2 pada 3 Ogos 2023, Khamis, di SEDC Quarries Bukit Sibanyis, Batu 15, Jalan Kuching – Serian, Kuching. Sebelum itu, temuduga bagi Peperiksaan Pembedil (Amali) tersebut telah dijalankan di pejabat JMG Sarawak, Kuching pada 1 Ogos 2023, Selasa.
PEPERIKSAAN PEMBEDIL (AMALI) BIL. 1/2023 (SESI 1)
Unit Pembangunan Lombong dan Kuari (UPLK), JMG Sarawak telah menjalankan Peperiksaan Pembedil (Amali) Bilangan 1 Tahun 2023 Sesi 1 pada 2 Ogos 2023, Rabu, di Pulau Salak Quarry, Pulau Salak, Kuching. Sebelum itu, temuduga bagi Peperiksaan Pembedil (Amali) tersebut telah dijalankan di pejabat JMG Sarawak, Kuching pada 31 Julai 2023, Isnin.
BENGKEL LATIHAN PENDAFTARAN DAN PENGGUNAAN BUSINESS LICENSING ELECTRONIC SUPPORT SYSTEM (BLESS) UNTUK PERMOHONAN SURAT KELULUSAN SKIM PENGENDALIAN MELOMBONG (SKSPM)
Bengkel Latihan Pendaftaran dan Penggunaan Business Licensing Electronic Support System (BLESS) untuk Permohonan Surat Kelulusan Skim Pengendalian Melombong (SKSPM) bagi industri perlombongan di Sarawak telah diadakan di pejabat JMG Sarawak, Kuching pada 27 – 28 Julai 2023 (Khamis – Jumaat).
Latihan berkenaan bertujuan untuk melatih dan memberi pengetahuan berkaitan BLESS kepada kakitangan Unit Pembangunan Lombong dan Kuari (UPLK), JMG Sarawak dan wakil pemegang SKSPM. Selepas ini, pihak lombong yang ingin membuat permohonan baharu/ pembaharuan boleh memohon secara atas talian melalui BLESS.
EXIT CONFERENCE AUDIT KEMAMPANAN INDUSTRI PERLOMBONGAN DAN PENGKUARIAN NEGERI SARAWAK DI BAWAH PROJEK PENARAFAN INDUSTRI PERLOMBONGAN DAN PENGKUARIAN MENGGUNAKAN KAEDAH SUSTAINABLE DEVELOPMENT INDICATORS (SDI) 2022
Telah berlangsung Taklimat Exit Conference Audit Kemampanan Industri Perlombongan dan Pengkuarian Negeri Sarawak di Bawah Projek Penarafan Industri Perlombongan dan Pengkuarian Menggunakan Kaedah Sustainable Development Indicators (SDI) Bagi Tahun 2022 pada 13 Julai 2023, Khamis.
Dianjurkan oleh Unit Pembangunan Lombong dan Kuari (UPLK), JMG Sarawak, taklimat telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Lombong dan Kuari (TPLK), Ir. Juna Azleen bin Abdul Ghani di pejabat JMG Sarawak, Kuching. Taklimat dihadiri oleh wakil daripada industri pelombongan dan pengkuarian di Sarawak yang telah diaudit pada tahun 2022. Majlis diakhiri dengan penyerahan Sijil Penarafan Bintang Kemampanan Industri Perlombongan dan Pengkuarian JMG Sarawak Tahun 2022 kepada pihak lombong dan kuari.
INTRODUCTION UNDERSTANDING THE PROCESS APPLICATION AND BENEFITS OF USING ESTAR DETONATOR IN MALAYSIA (3P's – PLANNING, PROCEDURE & PROCESS)
Telah berlangsung Taklimat Introduction Understanding the Process Application and Benefits of Using ESTAR Detonator in Malaysia (3P’s – Planning, Procedure & Process) oleh Austin Powder Malaysia Sdn. Bhd. pada 2 Februari 2023, Khamis, di pejabat JMG Sarawak, Kuching. Taklimat tersebut telah dihadiri oleh kakitangan Unit Pembangunan Lombong dan Kuari (UPLK), JMG Sarawak.