SESI PEMERIKSAAN BERKALA PEMBAHARUAN LESEN ALAT RADAS PENYINARAN

SESI PEMERIKSAAN BERKALA PEMBAHARUAN LESEN ALAT RADAS PENYINARAN
Satu Pemeriksaan berkala bagi tamat lesen daripada Jabatan Tenaga Atom Malaysia telah diadakan pada 23 Mei 2023 di Unit Perkhidmatan Makmal JMG Sabah.
 
Pegawai yang hadir memeriksa adalah Puan Sandora Binti Rappice dan Encik Muhamad Izali Bin Sahri.
 
Pemeriksaan ini bertujuan untuk pembaharuan lesen pemilikan alat radas penyinaran yang akan tamat pada 25 Julai 2023.
 
Pegawai JMG Sabah yang terlibat Encik Khairun Nasir dan Encik Mujibuddin.
 
Kredit gambar : Encik Mujibuddin.
Sumber maklumat : FB Page JMG Sabah

PROGRAM PROMOSI BOG BERSAMA JMG SABAH

PROGRAM PROMOSI BOG BERSAMA JMG SABAH
KOTA KINABALU, SABAH 22 MEI 2023 (ISNIN) : Sesi Program Promosi Lembaga Ahli Geologi (BOG) bersama Ahli Geologi JMG Sabah di Bilik Mylonite, JMG Sabah pada 22 Mei 2023.
 
Turut hadir sama Pengerusi BOG Yang Berbahagia Dato' Zakaria bin Mohamad dan Dr. Richard Mani Banda.
 
Wakil JMG Sabah Timbalan Pengarah Geoasains Puan Jenneth Cyril, Puan Jayawati, Puan Lim Li Chien, Encik Daulip, Encik Azizan Juhin, Encik Goh Khean Seong, dan beberapa pegawai baru JMG Sabah Encik Muhammad Hanif, Encik Muhamad Taqiuddin, Encik Mohammad Yusof, Encik Muhammad Hazman dan Encik Ahmad Raffie.
 
Sumber maklumat : FB Page JMG Sabah

SESI PENDAFTARAN DAN LATIHAN PENGUNAAN SISTEM "BLESS"

SESI PENDAFTARAN DAN LATIHAN PENGUNAAN SISTEM "BLESS"

SHAH ALAM, JMGSWP, 17 Mei 2023 - JMGSWP mengadakan satu Sesi Pendaftaran dan Latihan Penggunaan Sistem Business Licensing Electonic Support System (BLESS) Untuk Permohonan Surat Kelulusan Skim Kuari (SKSK) untuk pengusaha-pengusaha kuari di Negeri Selangor yang telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Yang Berusaha Tuan Zambri bin Ramli.

ANJURAN EMPAT MAJLIS DALAM SATU JMGSWP

ANJURAN EMPAT MAJLIS DALAM SATU JMGSWP

SHAH ALAM, 19 Mei 2023 – JMGSWP telah menganjurkan empat majlis dalam satu, iaitu bermula dangan Majlis Perhimpunan Bulanan bagi bulan Mei 2023, diikuti oleh  Majlis Perpisahan, Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan diakhiri dengan Majlis Sambutan Aidilfitri peringkat jabatan.

Majlis yang diadakan pada tahun ini secara sederhana tetapi sangat meriah. Kehadiran warga jabatan adalah seratus peratus dan diserikan lagi dengan kehadiran kontinjen dari Ibu Pejabat Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia yang diketuai oleh Tuan Haji Nizarulikram bin Abdul Rahim.

MAJLIS SAMBUTAN HARI HUTAN ANTARABANGSA

MAJLIS SAMBUTAN HARI HUTAN ANTARABANGSA
 
8 MEI 2023
 
Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Kelantan telah dijemput untuk menyediakan sebuah booth pameran sempena Majlis Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Ke 52 Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2023 yang diadakan pada 08 Mei 2023 bertempat di Taman Eko Rimba Jeram Linang,Pasir Puteh.
 
Majlis telah dirasmikan oleh YB Dato’ Haji Mohd Amar bin Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan.
Turut serta dalam majlis ini adalah Encik Zaidi bin Daud, Pengarah JMG Kelantan.