Peluncuran Buku Mewah (Coffee Table Book) “Community-Led Disaster Risk (CLDRR)

Peluncuran Buku Mewah (Coffee Table Book) “Community-Led Disaster Risk (CLDRR)
Peluncuran Buku Mewah (Coffee Table Book) “Community-Led Disaster Risk (CLDRR)
 
📍 International Greentech & Eco-Product Exhibition Conference (IGEM) 2024, Pusat Konvensyen KLCC.
▪️ 11 Oktober 2024
 
📕 Majlis peluncuran ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Dr. Ching Thoo a/l Kim, Ketua Setiausaha, Kementerian Sumber Asli Dan Kelestarian Alam disertai bersama oleh YBhg. Datuk P.Geol. Zamri bin Ramli, Ketua Pengarah Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia dan YBrs. Dr. Khamarrul Azahari Razak, Pengarah Disaster Preparedness And Prevention Center (DPPC), Malaysia-Japan International Institute Of Technology (MJIIT), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di International Greentech & Eco-Product Exhibition Conference (IGEM) 2024 di Pusat Konvensyen KLCC.
 
📗 Program Pengurangan Risiko Bencana di Pacu Komuniti atau CLDRR ini merupakan kerjasama antara JMG dan UTM dengan kerjasama pelbagai agensi di bawah jawatankuasa pengurusan bencana, badan-badan profesional dan organisasi bukan kerajaan.
 
📘 Program CLDRR ini merupakan inisiatif unik dan anjakan baru dalam memartabatkan program pengurusan risiko bencana yang secara tidak langsung mengangkat peranan penting komuniti dan sumbangan utama mereka dalam menterjemahkan agenda pengurangan risiko bencana di peringkat setempat.
 
📙 Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam melalui JMG sentiasa komited dalam memastikan pengurusan risiko bencana adalah sentiasa dipertingkatkan selaras dengan piawaian antarabangsa iaitu Sendai Framework For Disaster Risk Reduction 2015 – 2030.

PROGRAM MENDAKI BUKIT DINDING

PROGRAM MENDAKI BUKIT DINDING

Sempena Bulan Sukan Negara, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Jabatan Mineral dan Geosains melalui Kelab Sukan dan Kebajikan JMG Ibupejabat dan Kelab Sukan dan Kebajikan JMG Selangor/W. Persekutuan telah mengadakan Program Hiking @ Bukit Dinding pada 12 Oktober 2024.

Program ini telah mendapat penyertaan seramai 50 peserta dari pelbagai agensi di bawah NRES.

Perasmian dan pelepasan peserta telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah JMG Datuk Hj. Zamri bin Ramli. Sepanjang penganjuran program ini JMG telah mendapat kerjasama yang baik dari Friends of Bukit Dinding.

Jarak keseluruhan hiking ini sekitar 7km meliputi jalan berturap dan denai membolehkan peserta melihat pemandangan Bandaraya Kuala Lumpur di puncak Bukit Dinding.

Program Hiking @ Bukit Dinding

Program Hiking @ Bukit Dinding
Program ini telah mendapat penyertaan seramai 50 peserta dari pelbagai agensi di bawah NRES.
Perasmian dan pelepasan peserta telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah JMG Datuk Hj. Zamri bin Ramli. Sepanjang penganjuran program ini JMG telah mendapat kerjasama yang baik dari Friends of Bukit Dinding.
Jarak keseluruhan hiking ini sekitar 7km meliputi jalan berturap dan denai membolehkan peserta melihat pemandangan Bandaraya Kuala Lumpur di puncak Bukit Dinding.

BENGKEL PENYELARASAN DATA TELAGA TIUB SUMBER AIR BAWAH TANAH (GIS) 2024

BENGKEL PENYELARASAN DATA TELAGA TIUB SUMBER AIR BAWAH TANAH (GIS) 2024

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) berperanan untuk mengenalpasti potensi sumber air bawah tanah bagi menyokong permintaan bekalan air bersih yang semakin meningkat. Sumber air bawah tanah juga amat diperlukan terutama di kawasan-kawasan sensitif untuk tindakbalas bantuan pengawalan bencana geologi seperti pencegahan dan pengawalan kebakaran tanah gambut. Pengurusan sumber air bawah tanah yang komprehensif akan menjamin sumber bekalan air bersih yang berterusan, seterusnya meningkatkan kualiti hidup rakyat dan kesejahteraan persekitaran.

Sebagai agensi tunjak yang berperanan yang mengendali penyiasatan sumber air bawah tanah secara sistematik, JMG telah membangunkan MyGEMS (Sistem Maklumat Geospatial Mineral dan Geosains Malaysia), iaitu pangkalan data spatial geosains dan sumber mineral negara. Antara komponen utama MyGEMS adalah maklumat berkaitan sumber air bawah tanah seperti data-data telaga tiub.

Sehubungan dengan itu, Kumpulan Teras Hidrogeologi JMG dengan kerjasama Unit Pembangunan Modal Insan (PMI) Ibu Pejabat JMG, dan JMG Negeri Kelantan (JMG Kelantan) telah menganjurkan
Bengkel Penyelarasan Data Telaga Tiub Sumber Air Bawah Tanah (GIS) JMG 2024 bertujuan untuk menyelaras, mengemaskini data telaga tiub dan melatih para pegawai JMG dalam penggunaan teknologi GIS dalam pengurusan maklumat. Bengkel tersebut telah diadakan bertempat di Auditorium Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Lundang, Kota Bharu, Kelantan pada 24 hingga 26 September 2024.

Seramai 40 orang peserta dari pelbagai cawangan pejabat JMG seluruh negara yang terlibat secara langsung dengan pengurusan sumber air bawah tanah telah menghadiri bengkel tersebut. Selain itu, pakar dalam bidang ukur dan geomatik daripada Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri Kelantan (JUPEM Kelantan) turut diundang bagi memberikan kuliah dan khidmat nasihat berkaitan perkembangan sistem koordinat, datum dan unjuran dalam usaha mengoptimumkan penggunaan teknologi GIS ini.

Sesi latihan praktikal turut diadakan bagi melatih peserta menggunakan aplikasi GIS untuk mengemaskini dan menyusun data telaga tiub. Sesi ini bertujuan memperkasakan peserta dengan kemahiran teknikal yang diperlukan. Setelah itu, para peserta turut dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan pengurusan data telaga tiub di kawasan masing-masing. Setiap kumpulan kemudian membuat pembentangan hasil perbincangan.

Bengkel tersebut telah berjaya meningkatkan kesedaran dan kefahaman peserta mengenai pentingnya penyelarasan data telaga tiub perlu dilakukan. Di samping itu, telah memahirkan para peserta berkaitan penggunaan teknologi GIS. Penyeragaman format unjuran dan datum data telaga tiub juga akan memudahkan perkongsian maklumat sumber air bawah tanah kepada orang awam. Seterusnya dapat menyediakan pelan pengurusan yang lebih cekap berkaitan maklumat sumber air bawah tanah di masa hadapan.

LAWATAN KERJA DAN PERBINCANGAN TEKNIKAL BERSAMA MIMOS MENGENAI REE MALAYSIA

LAWATAN KERJA DAN PERBINCANGAN TEKNIKAL BERSAMA MIMOS MENGENAI REE MALAYSIA
LAWATAN KERJA DAN PERBINCANGAN TEKNIKAL BERSAMA MIMOS MENGENAI REE MALAYSIA
 
9 Oktober 2024, Ibu Pejabat JMG - Cawangan Ekonomi Mineral (EM) JMG Malaysia telah menerima lawatan kerja daripada delegasi MIMOS yang terdiri daripada 10 orang bagi mendapatkan maklumat terperinci mengenai sumber Nadir Bumi (REE) di Malaysia serta potensi pembangunan sektor ini di peringkat pertengahan dan hiliran.
 
Perbincangan teknikal ini dipengerusikan oleh YBrs. Pengarah Ekonomi Mineral, En. Yusari Basiran dan disertai oleh Timb. Pengarah EM, En. Zamzuri Ghazalee, Timb. Pengarah JMG Negeri Sembilan-Melaka, En. Abdul Hadi Abdul Rahman, dan Timb. Pengarah JMG Perak, En. Mahat Sibon. Hasil perbincangan telah berjaya memberikan kefahaman yang lebih mendalam kepada pihak MIMOS mengenai halatuju industri REE, sekali gus mencetuskan idea bagi perancangan pembangunan industri hiliran REE di Malaysia.
Kerjasama ini diharap dapat memperkukuhkan pembangunan sektor mineral negara