KOTA KINABALU, 07 DISEMBER 2017 (KHAMIS) - Kelab Kebajikan dan Rekreasi Mineral & Geosains, JMG Sabah (KEM-G) telah menganjurkan program pertandingan sukan Bowling peringkat Jabatan yang bertempat di CPS Bowling, Centre Point, Kota Kinabalu, Sabah. Penyertaan acara sukan ini terbahagi kepada Dua kumpulan iaitu Kumpulan Emerald(Hijau) dan Kumpulan Ruby(Merah). Kumpulan Emerald telah memenangi acara sukan Bowling ini.
PERTANDINGAN SUKAN DART, KAROM DAN PING PONG
KOTA KINABALU, 06 DISEMBER 2017 (RABU) - Kelab Kebajikan dan Rekreasi Mineral & Geosains, JMG Sabah (KEM-G) telah menganjurkan tiga program pertandingan sukan peringkat Jabatan iaitu Dart, Karom dan Ping Pong yang bertempat di Dewan Mesyuarat Nephrite, JMG Sabah. Penyertaan acara sukan ini terbahagi kepada Dua kumpulan iaitu Kumpulan Emerald dan Kumpulan Ruby. Secara keseluruhannya, kumpulan Emerald telah memenangi bagi ketiga-tiga acara sukan tersebut.
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMG JOHOR BIL 9/2017 DAN SAMBUTAN HARI INOVASI JMG JOHOR
Johor Bahru, 12 Disember 2017 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 9/2017 dan Sambutan Hari Inovasi Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.
Berikut dikepilkan laporan berkenaan Majlis Perhimpunan Bulanan JMG Johor bil 9/2017 dan Sambutan Hari Inovasi Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor untuk rujukan dan makluman semua.
PENGURUSAN JMG SABAH
KOTA KINABALU ~ Tanggal 18 Disember 2017, pihak pengurusan tertinggi JMG Sabah telah merakamkan gambar untuk dimuatkan ke dalam laporan tahunan yang terkini.
PENUTUPAN MINGGU SUKAN KEMG 2017
KOTA KINABALU, SABAH : 15hb Disember 2017 Jumaat merupakan hari penutupan minggu sukan KEMG Sabah. Acara sukan Bola Sepak merupakan acara penutup bagi sukan KEMG Sabah 2017. Minggu sukan KEMG Sabah ini juga ditutup dan dirasmikan oleh tuan Pengarah JMG Sabah En. Mohd. Yusop bin Ramli sendiri. Pelbagai acara sukan telah dilaksanakan.