IGEM 2024

IGEM 2024
KL Convention Centre over the next three days for plenty: each day is a chance to engage in thought-provoking sessions and discover the latest innovations in clean energy, green technology and more.
The Department of Mineral and Geoscience is part of IGEM 2024 to discuss on the topics of Geopark and Geotapak. Come join us and talk about these topics with our experts here at Pavilion NRES, Hall 1.

Lawatan Kerja dan Perbincangan Teknikal bersama Monument Mining dan Selinsing Goldmine Manager Sdn Bhd.

Lawatan Kerja dan Perbincangan Teknikal bersama Monument Mining dan Selinsing Goldmine Manager Sdn Bhd.
Lawatan Kerja dan Perbincangan Teknikal bersama Monument Mining dan Selinsing Goldmine Manager Sdn Bhd.
 
▪️ YBhg Datuk Zamri Ramli, Ketua Pengarah JMG telah menerima kunjungan dan lawatan lawatan kerja oleh Cik Cathy Zhai, Director, President, CEO & Interim Chief Finance Officer dan En. Zaidi Harun, Vice President, Business Development, Monument Mining Limited.
 
▪️ Perbincangan dua hala telah berjalan dengan suasana santai dan ceria. Cik Cathy Zhai telah berkongsikan pengalamannya yang amat luas dalam industri perlombongan dan pelbagai bidang perniagaan termasuk pembuatan bahan berteknologi tinggi dan industri berasaskan bioteknologi di pelbagai negara.
 
▪️ Selain itu, perbincangan juga menyentuh tentang hala tuju masa hadapan industri pelombongan emas di Malaysia.
 
▪️ Terimakasih Cik Cathy dan En Zaidi atas perkongsian pengalaman dan pandangan dengan pihak JMG.
 
▪️ Semoga kerjasama yang terjalin antara JMG dan para pemain industri akan dapat membuka jalan bagi kerjasama erat dua hala demi pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat.

Mesyuarat Penawanan Data Sistem MINGEOGIS @ MyGEMS Bil.2/2024

Mesyuarat Penawanan Data Sistem MINGEOGIS @ MyGEMS Bil.2/2024
Mesyuarat Penawanan Data Sistem MINGEOGIS @ MyGEMS Bil.2/2024
 
Mesyuarat ini adalah bertujuan untuk membincangkan dan merancang strategi penawanan data bagi tahun semasa, memastikan pengumpulan data yang tepat dan komprehensif, serta menyelaraskan usaha semua pihak yang terlibat dalam proses ini untuk mencapai sasaran yang ditetapkan.
Mesyuarat tersebut telah diadakan pada 7-9 Oktober 2024 bertempat di Copthorne Hotel, Cameron Highland Pahang.

Welcome Dinner - 60th CCOP Annual Session & 83rd CCOP Steering Committee Meeting 2024

Welcome Dinner - 60th CCOP Annual Session & 83rd CCOP Steering Committee Meeting 2024
Majlis Welcome Dinner sempena 60th CCOP Annual Session & 83rd CCOP Steering Committee Meeting 2024 telah diadakan pada 3 November 2024 di Holiday Villa Resort and Beachclub, Langkawi.
 
Sama-sama kita raikan kedatangan delegasi dari negara-negara ahli CCOP dalam suasana keindahan Langkawi sambil mengeratkan hubungan dan kerjasama serantau.

Majlis perasmian 60th CCOP Annual Session & 83rd CCOP Steering Committee Meeting 2024

Majlis perasmian 60th CCOP Annual Session & 83rd CCOP Steering Committee Meeting 2024
Majlis perasmian 60th CCOP Annual Session & 83rd CCOP Steering Committee Meeting 2024 telah berlangsung pada 4 November 2024 di ParkRoyal Resort, Langkawi, Kedah, Malaysia. Acara ini telah disempurnakan oleh Puan Norsham binti Abdul Latip, Timbalan Ketua Setiausaha (Sumber Asli), NRES.
 
Majlis ini menandakan satu pencapaian penting dalam memperkukuhkan kerjasama serantau dalam bidang geosains, dengan kehadiran delegasi dan pakar dari pelbagai negara untuk berkongsi pandangan serta membina jaringan kerjasama baharu.