GUA MUSANG, 14 JULAI - Cawangan Teknologi Perlombongan dan Pengkuarian (CTPP), Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) telah mengadakan satu aktiviti persampelan efluen di lombong sekitar Gua Musang, Kelantan dari 11-14 Julai 2023. Aktiviti ini telah di ketuai oleh En Ahmad Firdaus, Ketua Unit Pengurusan Impak Alam Sekitar CTPP dan di jalankan di bawah Projek RMKe-12.