Selamat Hari Raya Aidiladha 1434H

Pegawai dan kakitangan JMG Kedah / Perlis / Pulau Pinang ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha 1434H dan selamat menjalani ibadah korban kepada seluruh warga JMG Malaysia. Marilah kita memanjat kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana di atas taufik dan inayahNya dapat kita meraikan Hari Raya Aidiladha pada tahun ini dalam keadaan makmur, sejahtera dan penuh keberkatan.

Baca selanjutnya

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN, SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI DAN SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-56 TAHUN 2013

ALOR SETAR 10 September 2013 – Majlis Perhimpunan Bulanan, Sambutan Aidilfitri 1434H dan sambutan sempena Hari Kemerdekaan Ke-56 telah diadakan di JMGKPP bertarikh 1 September 2013 bersamaan 25 Syawal 1434H yang lalu. Majlis sambutan ini bertemakan “Tiga Dalam Satu”  juga telah berlangsung di Bilik Delima dan di ruang legar pejabat JMGKPP.

Baca selanjutnya

Sekitar Kursus Teori & 'Hands-On' Pemetaan Geologi Cerun

ALOR SETAR, 3 September 2013 - Syabas serta tahniah diucapkan kepada Unit Geosains dan kerjasama Unit Pengurusan Maklumat JMGKPP kerana berjaya menganjurkan kursus ini selama dua (2) hari mulai 26.08.2013 hingga 27.08.2013 bertempat di Bilik Delima, JMGKPP dan di lapangan. Seramai 20 orang terdiri dari pegawai / kakitangan teknikal dan ‘non-teknikal’ telah menyertainya. Ianya turut juga disertai oleh empat (4) orang pelajar praktikal (LI) dari IPTA.

Baca selanjutnya

Anjur Latihan Aplikasi ArcGIS Secara ‘Hands-On’ Siri 1/2013

ALOR SETAR, 29 Julai 2013 - Unit Pengurusan Maklumat JMGKPP dengan kerjasama Unit Sumber Mineral telah mengadakan Latihan Asas Pembelajaran "hands-on" Aplikasi ArcGIS 9.3, Alat GPS dan Google Earth bertarikh 24 Julai 2013 bertempat di Bilik Delima, JMGKPP. Peserta yang terlibat terdiri daripada pegawai dan kakitangan teknikal di semua unit JMGKPP. Taklimat dan "hands-on" telah di sampaikan oleh En.Hamdan B. Ariffin, TP(SM) dan dibantu oleh empat orang pelajar dari IPTA yang sedang menjalani latihan industri di sini.

Baca selanjutnya

Bengkel Celik IT Siri 2/2013

ALOR SETAR, 29 Julai 2013 - Seiring dengan kemajuan pesat teknologi sistem maklumat, JMGKPP juga tidak ketinggalan telah mengadakan satu lagi bengkel asas pengendalian laman web rasmi jabatan dan blog JMGKPP siri 2/2013. Bengkel yang diadakan di Bilik Delima JMGKPP ini melibatkan kakitangan dari pelbagai unit di jabatan dan turut disertai oleh empat (4) orang pelajar praktikal (LI). Objektif bengkel ini diadakan adalah untuk memahirkan para staf tentang tatacara pengendalian laman web jabatan dan blog JMGKPP, mengemaskini maklumat aktiviti yang telah dijalankan oleh jabatan serta bagi mewar-warkan program yang dirancang kepada pelayar laman blog. Program sehari ini telah dikendalikan oleh Unit Pengurusan Maklumat JMGKPP.

Baca selanjutnya