ALOR SETAR, 3 September 2013 - Syabas serta tahniah diucapkan kepada Unit Geosains dan kerjasama Unit Pengurusan Maklumat JMGKPP kerana berjaya menganjurkan kursus ini selama dua (2) hari mulai 26.08.2013 hingga 27.08.2013 bertempat di Bilik Delima, JMGKPP dan di lapangan. Seramai 20 orang terdiri dari pegawai / kakitangan teknikal dan ‘non-teknikal’ telah menyertainya. Ianya turut juga disertai oleh empat (4) orang pelajar praktikal (LI) dari IPTA.
Penganjuran program selaras dan bertujuan untuk menyebarkan maklumat dan pendedahan secara “hands-on” cabang-cabang teknikal Geosains di kalangan kakitangan JMGKPP. Modul kursus ini merangkumi taklimat dan bimbingan teknikal secara "hands-on" di bilik kuliah dan di lapangan. Taklimat kursus ini telah di sampaikan oleh En. Wan Salmi Wan Harun (Pegawai Kajibumi, Aktiviti Geologi Kejuruteraan) dan En. Khairul Nizam Bohari (Pembantu Kajibumi).
Kandungan taklimat lebih berfokuskan kepada pemahaman asas i) Pengenalan dan kepentingan Pemetaan Geologi Terain dalam Pembangunan Negara, ii) Aplikasi dan Prosedur Kerja Pemetaan Geologi Terain iii) Atribut Pengkelasan Terain JMG Malaysia dan iv) Kerjalapangan. Kursus ini juga telah membawa para peserta yang terlibat di lapangan yang telah di jalankan di puncak bukit di sekitar Tanjung Jaga, Daerah Yan dan di kuari Kemelong & Sankojaya Construction Sdn. Bhd. (Nusa Potensi Quarry Sdn Bhd) – Singkir Darat, Daerah Yan.
Semua peserta telah memberi komitmen yang tinggi serta mengambil peluang untuk berinteraksi dan bertanya dengan fasilitator disamping berkongsi maklumat di antara satu sama lain.
Secara amnya keseluruhan latihan yang dianjurkan telah mencapai objektif dan para peserta amat berpuas hati dengan pendedahan dan taklimat yang diberikan.