Majlis Perhimpunan Bulanan, Sambutan Aidilfitri dan Sambutan Hari Kemerdekaan 2013

Perhimpunan Bulan Ogos 2013 Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Ibu Pejabat telah diadakan pada 30 Ogos 2013 di Bilik Nilam. Majlis Perhimpunan kali ini amat istimewa kerana ia merangkumi 3 majlis dalam 1. Sesuai dengan gelaran ‘Perhimpunan Merdeka Raya’, ia merupakan Majlis Perhimpunan Bulanan bersama sambutan Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Kemerdekaan ke -56.

Majlis yang gilang gemilang tersebut telah dikendalikan oleh Cawangan Pengurusan Maklumat Ibu Pejabat. KESKIP, PUSPANITA  JMG dan Unit Pentadbiran Jabatan juga telah memberi kerjasama dan turut menyumbang untuk menyediakan jamuan makan dan lain-lain persiapan untuk majlis tersebut. Majlis telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran para jemputan daripada wakil Pegawai-pegawai kader, BMG  NRE, pejabat negri yang berdekatan iaitu JMG NSM dan SWP serta juga Ahli Seumur Hidup PUSPANITA JMG.

PERUTUSAN KETUA PENGARAH

  1. Building bridges – Dalam cerita tauladan yang disampaikan oleh KetuaPengarah, beliau mahukan semua warga Ibu Pejabat ‘membina jambatan’  untuk memastikan agar hasil projek/program yang kita jalankan dapat disampaikandan dinikmati oleh segenap rakyat di semua pelusuk kawasan yang berkenaan.
  2. Menjawab aduan – Semua aduan mesti dijawab dalam masa 3 hari tetapi Dato’ KP mahu semua aduan diterima maklum dalam masa 48 jam. Dalam masa 48 jam, surat mesti dikeluarkan untuk memaklumkan kepada pengadu bahawaaduan telah diterima dan tindakan sedang diambil. Deraf jawapan hendaklah dihantar untuk semakan kepada Pengarah atau TKP/KP sekiranya perlu.
  3. Attributes of better people leader– Dato’ KP mengupas 12 ciri-ciri Pemimpin Berjiwa Rakyat yang baik. Antara ciri-ciri pemimpin tersebut adalah seperti berikut:
    • They have a global vision
    • They can break down the global vision into steps
    • They focus on team excellence rather than their ego
    • They know their team members
    • They care about their team members
    • They know their stuff
    • They have great confidence in their players
    • They coach their players where they need it
    • They know when to cheer and when to challenge
    • They are patient, persistent and prodding
    • They minimise uncertainty
    • They are consistent
    • Focus on team excellence– Beliau mengingatkan supaya semua warga JMG memberi tumpuan kepada hasil kerja yang cemerlang terutama  dalam penulisan laporan atau ulasan. Pendek kata, hasil kerja JMG mestilah bermutu tinggi dan berintegriti.
  4. Kisah pengajaran seorang Profesor Tua – Dato’ KP mengingatkan kakitangan JMG agar tahu membezakan perkara yang penting dalam kehidupan dengan yang remeh. Kita mesti pandai memberi ‘priority’ terhadap perkara-perkara tersebut. Begitu juga dalam menjalankan tugas, kita mesti pandai menyusun tugasan dan memberi keutamaan kepada yang lebih penting dahulu.
  5. Words of Charles Percy– Dalam kisah benar tentang Charles Percy, seorang yang berjaya menjadi CEO Bell & Howell Corp. pada umur 29 tahun,Dato’ KP mahu kita mengambil pengajaran untuk menjadi seorang yang berjaya dengan mencontohi Charles Percy. Apabila ditanya rahsia disebalik kejayaan beliau pada ketika usia yang begitu muda, Charles Percy menjawab sedemikian:
    • Itemize. I listed the results I wanted and the tasks required to achieve them
    • Categorize. I put similar items together
    • Prioritize. I decided what things were most important and which ones could be set aside for later.
    • Delegate or Eliminate. I decided on what could better be done by someone else, more important, what did not have to be done at all.

Laporan disediakan oleh: Brendawati @ Khairiyyah Ismail PKK (PDB), Cawangan Pengurusan Maklumat.

Written by : shafiqfarhan