KE ARAH MEMASYARAKATKAN JMG

KE ARAH MEMASYARAKATKAN JMG

Segamat, 21 Oktober 2017 - JMG Johor telah mengambil bahagian dalam pameran sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2017 Peringkat Negeri Johor. Dengan tema β€˜Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama’, YB Datuk Hj Ayub bin Rahmat, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Penerangan dan Pendidikan Negeri Johor merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Penganjuran yang juga Wakil Rasmi kepada YAB Menteri Besar Johor telah menyempurnakan perasmian HASN 2017 Peringkat Negeri Johor.

Baca selanjutnya

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMG JOHOR BIL 8/2017 DAN MAJLIS PERPISAHAN EN. ABDUL HASIBUL JALIL, EN. WAN MOHD SUBRI DAN PN. NORZA AZUANI

muka depan perhimpunan bulanan bil 82017

Johor Bahru, 12 Oktober 2017 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 8/2017 Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor dan Majlis Perpisahan En. Abdul Hasibul Jalil, En. Wan Mohd Subri dan Pn. Norza Azuani telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.

Berikut dikepilkan laporan berkenaan Majlis Perhimpunan Bulanan JMG Johor bil 8/2017 dan Majlis Perpisahan En. Abdul Hasibul Jalil, En. Wan Mohd Subri dan Pn. Norza Azuani untuk rujukan dan makluman semua.

Baca selanjutnya

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMG JOHOR BIL 7/2017 DAN MAJLIS PERPISAHAN ENCIK MOHAMED HIZAM BIN ABD. KADIR

muka depan perhimpunan bulanan bil 72017

Johor Bahru, 24 September 2017 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 7/2017 Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor dan Majlis Perpisahan Encik Mohamed Hizam bin Abd. Kadir telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.

Berikut dikepilkan laporan berkenaan Majlis Perhimpunan Bulanan JMG Johor bil 7/2017 Majlis Perpisahan Encik Mohamed Hizam bin Abd. Kadir untuk rujukan dan makluman semua.

Baca selanjutnya

Perhimpunan Bulanan JMG Johor Bil 9/2012

Perhimpunan bulanan bilangan 9/2012 telah diadakan pada 11 September 2012. Perhimpunan bulanan kali ini diadakan bersekali dengan majlis jamuan hari raya. Pengarah JMG Johor, Tuan Haji Shahar Effendi bin Abdullah Azizi dalam perutusannya mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua warga JMG Johor. Beliau berharap agar sentiasa terjalin semangat kekeluargaan dan mengukuhkan perpaduan dengan adanya budaya ziarah menziarahi. Disamping itu, ianya juga dapat memberi kesempatan untuk bermaaf-maafan dan mengukuhkan persahabatan yang sedia terjalin.

Baca selanjutnya