MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMG JOHOR BIL 4/2018 DAN PENGARAH BARU JMG JOHOR MELAPOR DIRI

muka depan perhimpunan bulanan mei 2018

Johor Bahru, 2 Mei 2018 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 4/2018 Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.

Dalam masa yang sama juga, JMG Johor telah menerima Pengarah JMG Johor yang baru iaitu En. Mohamad Hussein b. Jamaluddin yang telah dinaikkan pangkat dari JMG Kelantan. Tahniah diucapkan kepada Pengarah JMG Johor yang baru, semoga dapat bekerja dengan penuh tanggungjawab dan cemerlang.

KEM PEMIMPIN MUDA PRIHATIN AIR PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SELATAN

KEM PEMIMPIN MUDA PRIHATIN AIR PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SELATAN

Tanjung Piai, Pontian, 24 April 2018 - Pihak Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Johor telah dijemput untuk menjadi instruktur model bagi program kem pemimpin muda prihatin air peringkat kebangsaan zon selatan.

Program ini merupakan program tahunan UNESCO-IHP Malaysia dengan kerjasama Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia dan Universiti Kebangsaaan Malaysia. Dengan adanya program ini, ia dapat memberikan pendedahan awal kepada pelajar-pelajar dan bakal pemimpin di masa akan datang tentang pentingnya air dalam kehidupan.

Baca selanjutnya

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMG JOHOR BIL 3/2018

muka depan perhimpunan bulanan bil 32018 dan perpisahan rahman

Johor Bahru, 3 April 2018 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 3/2018 Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.

Majlis perhimpunan Bulanan JMG Johor telah dipengerusikan oleh Cik Yong Adilah bt. Mustafa, diikuti dengan bacaan doa oleh En. Ahmad Shahril b. Idris dan pembaca ikrar oleh Puan Nurulhuda bt. Aziz. Selepas itu, Timbalan Pengarah JMG Johor En. Mohamad Sari b. Hasan telah menyampaikan perutusannya dan mengucapkan terima kasih kepada semua warga JMG Johor yang hadir dalam Perhimpunan Bulanan kali ini.

Baca selanjutnya

Malaysia-Thailand Border Joint Geological Survey Working Group Meeting di Johor

Malaysia-Thailand Border Joint Geological Survey Working Group Meeting di Johor

Mersing, 13-15 Mac 2018 - JMG Johor telah menjadi tuan rumah bagi penganjuran Malaysia-Thailand Border Joint Geological Survey Working Group Meeting No 1/2018 yang telah berlangsung di Amansari Desaru Hotel, Bandar Penawar.

Seramai 20 orang delegasi Malaysia terlibat dalam mesyuarat ini iaitu 18 orang peserta dari JMG seluruh Malaysia dan 2 orang pensyarah dari UKM iaitu Prof Dr Che Azizi Ali dan Prof Madya Dr Kamal Roslan Mohamed. Delegasi Malaysia telah diketuai oleh Dato’ Haji Za’im bin Haji Abdul Wahab, Pengarah Bahagian Perkhidmatan Teknikal, Ipoh.

Baca selanjutnya