Lawatan ke Rumah Seri Kenangan Taiping - KSKPPM

Pada 16 Januari 2013, KSKPPM di bawah program PIN telah mengadakan lawatan ke Rumah Seri Kenangan Taiping. Institusi ini merupakan institusi perlindungan kepada golongan warga tua yang terletak di lot 1689 dan lot 1690, Jalan Stesen, Taiping. Ia mula beroperasi sejak tahun 1950 dan Institusi inimampu memberi perlindungan sehingga 200 orang warga tua pada satu masa. Institusi ini memberi perkhidmatan jagaan dan perlindungan kepada warga tua yang berusia 60 tahun keatas. Kemasukan warga tua ke institusi ini adalah melalui perintah mahkamah di bawah Akta Orang Papa 1977 atau permohonan Kemasukan Secara Sukarela.

Baca selanjutnya

MAJLIS JASAMU DIKENANG, KSKPPM

Pada 17 Disember 2012, Kelab Sukan dan Kebajikan PPM di bawah kelolaan Biro Sosial telah berjaya mengadakan MAJLIS JASAMU DIKENANG bertempat di Ballroom, Hotel Heritage, Ipoh.  Pesara yang diraikan adalah terdiri dari 4 orang kakitangan PPM iaitu YM. Haji Raja Ahmad bin Raja Ali, Tuan Haji Zolpata bin Abu Sahan, Puan Robaayah binti Hassan dan Encik Tumiran bin Puji.

Baca selanjutnya

Latihan Hands On Pemotongan dan Pengilapan Batuan di Unit Batu Dimensi

Pada 12 Disember 2012, Unit Latihan Pusat Penyelidikan Mineral telah menganjurkan Kursus Hands On di Unit Batu Dimensi. Para peserta kursus ini telah diberi penerangan, pendedahan dan tunjuk ajar cara mengendalikan alat pemotongan batu dan mesin pengilap batu mengikut prosedur yang ditetapkan. Disamping itu, para peserta kursus juga berpeluang mengendalikan mesin tersebut. Kursus ini dikendalikan sendiri oleh kakitangan Seksyen Teknologi Bahan Batuan yang berpengalaman dalam ujian-ujian fizikal batu dimensi. Di akhir kursus, peserta berpuas hati dengan pendedahan yang diberikan di mana ia merupakan pengalaman baru untuk mereka.

Baca selanjutnya

Hari Keluarga PPM 2012

KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN PPM telah berjaya menganjurkan HARI KELUARGA PPM 2012 di Kurau Stone Fishing Resort, Batu Kurau, Perak pada 8 dan 9 September 2012. Seramai 130 orang kakitangan dan keluarga PPM berkumpul sebagai satu keluarga besar yang menjayakan hari keluarga ini. Banyak acara telah disusun sebegitu rupa agar semua warga PPM dan keluarga dapat mengeratkan lagi ukhuwah antara satu dengan yang lain. Tahniah kepada KELAB PPM yang telah berjaya menganjurkan Hari Keluarga PPM.

Baca selanjutnya