Pemantapan Pembantu Penyelidik PPM 2013

7

Pusat Penyelidikan Mineral (PPM), Jabatan Mineral dan Geosains, melalui Unit Latihan PPM telah mengadakan Program Pemantapan Pembantu Penyelidik pada 28 - 30 Oktober 2013 bertempat di Hotel Best Western, Marina Island, Lumut, Perak. Program ini dihadiri oleh 27 orang Pembantu Penyelidik dengan dibantu oleh 3 orang urusetia. Penyelaras  Program adalah Encik Aminudin bin Mahmud, Pegawai Latihan PPM.  Program  telah  dirasmikan oleh Ir.Khor Peng Seong,Timbalan Pengarah PPM. Program ini merupakan program tahunan untuk percambahan ilmu dan perkongsian pengalam kerja antara Pembantu Penyelidik senior dengan yang baharu. 

Baca selanjutnya

Kenangan Manis Sambutan JSK dan JHR KSK PPM

1

Kelab Sukan dan Kebajikan PPM telah mengadakan Majlis Jasamu Dikenang dan Jamuan Hari Raya Aidilfitri pada 23 Ogos 2013 yang lalu, bertempat di Hotel Ritz Garden, Ipoh pada pukul 8.30 malam.  Majlis telah dihadiri 300 orang yang terdiri dari keluarga kakitangan PPM. Disamping jamuan hari raya majlis tersebut juga telah meraikan seramai 7 orang kakitangan PPM yang bersara dan bertukar jabatan.

Baca selanjutnya

Latihan Persampelan Pasir

sampling13

PPM, 8 Julai 2013 – PPM telah menganjurkan satu sesi Latihan Persampelan Pasir di Stesen Ujian Galian (SUGA).  Seramai 32 orang peserta yang terdiri daripada pegawai-pegawai, kakitangan-kakitangan dan juga pelajar-pelajar Latihan Industri telah hadir ke sesi latihan tersebut.  Latihan persampelan ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan bagaimana kaedah pengambilan sampel pasir dilakukan semasa di lapangan. Peserta didedahkan kepada peralatan-peralatan yang digunakan semasa pengambilan sampel dan juga demo kaedah penggunaan Bangka Tangan, Hand Auger dan juga mendulang.

Baca selanjutnya

Latihan Pengendalian Dan Penyelenggaraan Relau

relau3

PPM, 2 Julai 3 – Seksyen Silika PPM telah menjemput seorang pakar iaitu En. Mohd Fazel bin Ahmad dari MK Four Workspoint, yang berpengalaman dalam kerja-kerja penyelengaraan relau untuk berkongsi ilmu bersama-sama pegawai-pegawai dan kakitangan-kakitangan JMG bagi memberi pendedahan terutamanya kepada kakitangan yang terlibat secara langsung dalam mengendalikan relau.

Baca selanjutnya

Latihan Teknikal Ke Adtec, Taiping

adtec4

PPM, 3 Julai 2013 - PPM telah menganjurkan satu lawatan sambil belajar ke Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC), Taiping.  Tujuan lawatan ini adalah untuk mempelajari teknologi-teknologi yang terdapat di Jabatan Bahan Termaju yang terdiri daripada bidang komposit, seramik dan polimer. Seramai 15 orang kakitangan PPM telah mengikuti lawatan ini dan telah dibawa melawat ke makmal-makmal yang terdapat di Jabatan ini.

Baca selanjutnya