Kenangan Manis Sambutan JSK dan JHR KSK PPM

1

Kelab Sukan dan Kebajikan PPM telah mengadakan Majlis Jasamu Dikenang dan Jamuan Hari Raya Aidilfitri pada 23 Ogos 2013 yang lalu, bertempat di Hotel Ritz Garden, Ipoh pada pukul 8.30 malam.  Majlis telah dihadiri 300 orang yang terdiri dari keluarga kakitangan PPM. Disamping jamuan hari raya majlis tersebut juga telah meraikan seramai 7 orang kakitangan PPM yang bersara dan bertukar jabatan.

Kakitangan yang akan bersara adalah Pengarah PPM, Dato' Haji Zulkifly bin Abu Bakar, Encik Joned bin Ibrahim, Encik Iza bin Mat Piah dan Puan Jumaiyah binti Ayob.  Manakala kakitangan yang bertukar jabatan terdiri dari Encik Azman bin Mahmud, Encik Razlan dan Encik Jamil.  Tetamu jemputan adalah terdiri dari Ketua Pengarah JMG, Pengarah BPT, Pengarah JMG Perak, Yang Dipertua Kelab BPT dan Yang Dipertua Kelab JMG Perak.

Majlis tersebut berlangsung dengan begitu jayanya. Berbagai-bagai acara dan pertandingan telah di sediakan termasuk cabutan bertuah dan pakaian sedondon untuk keluarga. Majlis juga disajikan dengan persembahan tarian kanak-kanak Sekolah dan nyanyian hariraya oleh kakitangan PPM.

Kepada ahli yang akan bersara dan bertukar semoga segala kenangan manis malam tersebut akan  menjadi kenangan abadi yang tidak dapat dilupakan segala jasa dan bakti kalian semasa berkhidmat di PPM akan dikenang sampai ke akhir hayat.Juga menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan kepada semua ahli dan keluarga masing-masing. 

Written by : ezulia