PPM, 8 Julai 2013 – PPM telah menganjurkan satu sesi Latihan Persampelan Pasir di Stesen Ujian Galian (SUGA). Seramai 32 orang peserta yang terdiri daripada pegawai-pegawai, kakitangan-kakitangan dan juga pelajar-pelajar Latihan Industri telah hadir ke sesi latihan tersebut. Latihan persampelan ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan bagaimana kaedah pengambilan sampel pasir dilakukan semasa di lapangan. Peserta didedahkan kepada peralatan-peralatan yang digunakan semasa pengambilan sampel dan juga demo kaedah penggunaan Bangka Tangan, Hand Auger dan juga mendulang.
Selain itu, peserta-peserta juga didedahkan kepada kaedah penyediaan sampel untuk ujian-ujian pencirian. Penceramah-penceramah jemputan adalah pegawai-pegawai penyelidik kanan PPM iaitu En Mahadi bin Abu Hassan dari STBS dan juga En Md Muzayin bin Alimon dari STPM.
Galeri foto sepanjang latihan persampelan pasit di SUGA:
http://blog.jmg.gov.my/latihan-persampelan-pasir#sigProIdb5a0a5c630