Bubur Lambuk Sedap Dari BPT

Ramadhan telah menjelma, kini program tahunan Bahagian Perkhidmatan Teknikal mula mengambil tempat di samping aktiviti rutin yang telah ditetapkan.  Satu program yang telah menjadi kebiasaan iaitu program penyediaan bubur lambuk versi BPT. Dengan sumbangan dari pelbagai pihak terutama para kaitangan dan pengawai yang beragama islam, ajk bubur lambuk telah berusaha untuk menyediakan sebuah periuk bubuk yang mencukupi untuk para kakitangan dan pengawai BPT.

Disamping itu, bubur turut diberikan kepada kakitangan JMG Malaysia Perak dan Pusat Penyelidikan Mineral yang sudi merasa kelazatan bubur lambuk versi BPT. Program ini mengambil tempat pada setiap selasa dan khamis sepanjang bulan ramadhan ini. Saksi foto penyediaan bubur lambuk pada selasa yang lalu. 

 

Written by : zahar