Kursus " Radiation Safety Awareness"

Kursus " Radiation Safety Awareness"

IPOH, 23 Oktober 2018: Cawangan Perkhidmatan Makmal, Bahagian Perkhidmatan Teknikal telah menganjurkan Kursus Radiation Safety Awareness kepada pegawai-pegawai serta kakitangan makmal khususnya yang mengendalikan peralatan makmal radiasi seperti XRF dan XRD. Kursus bertujuan untuk memberi kefahaman kepada peserta tentang bahaya serta pencegahan yang melibatkan radiasi.

Seramai 25 peserta telah mengambil bahagian di dalam kursus berkenaan. Ceramah telah disampaikan oleh Tn. Hj. Idris Besar dan Pn. Norlina Ab Aziz dari Agensi Perlesenan Tenaga Atom Malaysia.

 

Written by : zahar