KUALA LUMPUR, 30 Ogos 2024: Satu perjumpaan ramah mesra telah berlangsung bersama Pesuruhjaya Tinggi Australia di Malaysia, Pn. Danielle Heinecke dan Setiausaha Pertama, En. Sam Hussey-Smith di kediaman rasmi kedutaan, di Kuala Lumpur.
Perjumpaan ini diadakan secara santai dengan dihadiri Oleh En. Yusari Basiran dari ibu pejabat JMG, En. Mahat Sibon dari JMG Perak, En. Mohd Zahar Ibrahim dari Bahagian Perkhidmatan Teknikal dan En. Muhammad Afiq Afandi Abdul Aziz dari Pusat Penyelidikan Mineral. Pertemuan ini bertujuan untuk mendapatkan maklumbalas dari delegasi JMG mengenai Capasity Building yang telah dihadiri pada 29 Jun hingga 14 Julai 2024 yang lalu di University of Nevada, Amerika Syarikat.
Terima kasih kepada pihak Pesuruhjaya Tinggi Australia di atas jasa baik untuk menaja delegasi JMG ke Capasity Bulding ini.