Makmal REE JMG Bertaraf Antarabangsa?

Makmal REE JMG Bertaraf Antarabangsa?

IPOH. 21 Ogos 2024: Benarkah makmal analisis REE JMG bertaraf antarabangsa? Tepuk dada, tanya minda. Apa pun, Tahniah kepada Cawangan Perkhidmatan Makmal Bahagian Perkhidmatan Teknikal, khususnya Unit Mineral Berlogam Dan Aloi kerana telah berjaya menempatkan posisi di antara 30 buah makmal terbaik di dunia di dalam analisis Unsur Nadir Bumi (REE) di dalam Program Ujian Kecekapan Wegeningen Evaluation Program for Analytical Laboratories (WEPAL).

Ujian Kecekapan WEPAL dikendalikan oleh Wegeningen University and Research, Netherlands, Belanda. Ujian Kecekapan antara makmal merupakan satu keperluan di dalam ISO/IEC 17025:2017. Bagi analisis REE, tahun 2024 merupakan tahun keempat Makmal JMG terlibat. Mulai Januari 2024, terdapat perubahan kepada pengurusan WEPAL, dan juga perubahan kepada pelapuran serta penambahan beberapa unsur REE. Tahun ini juga telah diperkenalkan satu bentuk penilaian kualiti analisis makmal berasaskan kepada Z'-Scores. Kedudukan sesebuah makmal di dalam 'ranking' bergantung kepada bilangan Z'-Scores di bawah nilai 2.

Makmal JMG berada pada kedudukan ke 21 daripada 362 buah makmal secara keseluruhan yang terlibat dengan program ini dari seluruh dunia dan berada di dalam kelompok 33 makmal yang memperolehi 100% Z'-Score <2. Tahniah kepada seluruh warga Cawangan Perkhidmatan Makmal Bahagian Perkhidmatan Teknikal khususnya kepada Ketua Unit Mineral Berlogam dan Aloi, En Mohd Fuzi Hashim, Pegawai Geosains yang terlibat secara lansung dalam mengendalikan analisis REE jabatan, En. Mohd Zahar Ibrahim serta pasukannya. Semoga kedudukan ini akan dapat dipertingkatkan di masa akan datang.

 

Written by : zahar