LAWATAN KHTP KBIO ANALYTICAL LABORATORY

LAWATAN KHTP KBIO ANALYTICAL LABORATORY

IPOH, 10 September 2024: Hari ini Cawangan Perkhidmatan Makmal telah menerima kunjungan dari KHTP KBIO ANALYTICAL Laboratory Sdn. Bhd., Kulim, Kedah, Tetamu dari KBIO ini diketuai oleh Pn. Husniyah Yahaya, Pegawai Eksekutif KBIO, Pn, Nur Affizzah Abdul Shaffi, En. Mohd Norhisyam Muhamad Daud dan Pn. Khait=run Nazurah Abdul Aziz.

Baca selanjutnya

MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN KONTRAK PEROLEHAN LA-ICPMS

MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN KONTRAK PEROLEHAN LA-ICPMS

PUTRAJAYA, 11 September 2024:  Hari ini telah diadakan Majlis Menandatangani Perjanjian Kontrak Perolehan Laser Ablation Inductively Coupled Plasma Mass Spectrometry (LAICPMS) di antara JMG dengan Aztec Sinar Sdn. Bhd. JMG telah diwakili oleh Ketua Pengarah JMG, Datuk Zamri Ramli manakala Aztec Sinar telah diwakili oleh Pengarahnya, En. Azman Yunus. Perjanjian telah disaksikan oleh Pengarah Kanan BPT, Datok Ir. Ahmad Zukni Bin Ahmad Khalil dan En. Nazri Syawal Bin Abu Hassan bagi pihak Aztec Sinar Sdn. Bhd.

Baca selanjutnya

Makmal REE JMG Bertaraf Antarabangsa?

Makmal REE JMG Bertaraf Antarabangsa?

IPOH. 21 Ogos 2024: Benarkah makmal analisis REE JMG bertaraf antarabangsa? Tepuk dada, tanya minda. Apa pun, Tahniah kepada Cawangan Perkhidmatan Makmal Bahagian Perkhidmatan Teknikal, khususnya Unit Mineral Berlogam Dan Aloi kerana telah berjaya menempatkan posisi di antara 30 buah makmal terbaik di dunia di dalam analisis Unsur Nadir Bumi (REE) di dalam Program Ujian Kecekapan Wegeningen Evaluation Program for Analytical Laboratories (WEPAL).

Baca selanjutnya

Lawatan Kerja JMG ke Lynas

Lawatan Kerja JMG ke Lynas

KUANTAN, 7 Ogos 2024:  Hari ini telah diadakan lawatan kerja ke Lynas Kuantan. Turut hadir adalah pegawai-pegawai Jabatan Mineral Dan Geosains dari pelbagai negeri termasuk juga pegawai-pegawai dari Core Group REE. Mereka yang hadir adalah Timbalan Pengarah JMG Pahang selaku penganjur, En. Shaari, Pengarah JMG Kelantan, En. Zaidi Daud, Pengarah JMG Terengganu, En. Hamlee, Pengarah JMG Perak. Tn. Hj. Nizarulikram Abdul Rahim dan En. Jaitish John dari JMG Sarawak.

Baca selanjutnya