PUTRAJAYA, 11 September 2024: Hari ini telah diadakan Majlis Menandatangani Perjanjian Kontrak Perolehan Laser Ablation Inductively Coupled Plasma Mass Spectrometry (LAICPMS) di antara JMG dengan Aztec Sinar Sdn. Bhd. JMG telah diwakili oleh Ketua Pengarah JMG, Datuk Zamri Ramli manakala Aztec Sinar telah diwakili oleh Pengarahnya, En. Azman Yunus. Perjanjian telah disaksikan oleh Pengarah Kanan BPT, Datok Ir. Ahmad Zukni Bin Ahmad Khalil dan En. Nazri Syawal Bin Abu Hassan bagi pihak Aztec Sinar Sdn. Bhd.
Dengan perjanjian ini bermakna lengkap lah sudah proses perolehan Laser Ablation Inductively Coupled Plasma Mass Spectrometry (LAICPMS) dan hanya menunggu pembekalan dari pihak pembekal.
Adalah diharapkan dengan penerimaan alat yang baru ini akan dapat meningkatkan kualiti dan kuantiti hasil kerja makmal serta mengurangkan tempoh masa analisis. Makmal akan berupaya untuk menganalisis sampel dengan lebih cepat dan tepat boleh membantu dalam pengurusan projek yang lebih baik dan memenuhi keperluan pelanggan dengan lebih efektif.
Dengan menggunakan teknologi terkini, Makmal JMG diharapkan dapat memastikan bahawa mereka mampu memenuhi atau melebihi standard industri, meningkatkan kepercayaan pelanggan terhadap hasil kerja makmal dan diharapkan juga dengan perlatan baru ini, makmal akan dapat menghasilkan lebih banyak kajian bagi menyokong perkembangan industri mineral negara ini.
Terima kasih diucapkan kepada semua pegawai serta kakitangan JMG terutama pihak Pengurusan Tertinggi JMG, Ketua Projek Penilaian Potensi Sumber Nadir Bumi (REE) serta Core Group REE, Urusetia serta jawatankuasa-jawatankuasa Tender Perolehan LAICPMS dalam menyumbang segala bentuk peruntukan kewangan, masa dan tenaga bagi merealisasikan perolehan peralatan LAICPMS ini.