IPOH. 21 Ogos 2024: Benarkah makmal analisis REE JMG bertaraf antarabangsa? Tepuk dada, tanya minda. Apa pun, Tahniah kepada Cawangan Perkhidmatan Makmal Bahagian Perkhidmatan Teknikal, khususnya Unit Mineral Berlogam Dan Aloi kerana telah berjaya menempatkan posisi di antara 30 buah makmal terbaik di dunia di dalam analisis Unsur Nadir Bumi (REE) di dalam Program Ujian Kecekapan Wegeningen Evaluation Program for Analytical Laboratories (WEPAL).
Lawatan Kerja JMG ke Lynas
KUANTAN, 7 Ogos 2024: Hari ini telah diadakan lawatan kerja ke Lynas Kuantan. Turut hadir adalah pegawai-pegawai Jabatan Mineral Dan Geosains dari pelbagai negeri termasuk juga pegawai-pegawai dari Core Group REE. Mereka yang hadir adalah Timbalan Pengarah JMG Pahang selaku penganjur, En. Shaari, Pengarah JMG Kelantan, En. Zaidi Daud, Pengarah JMG Terengganu, En. Hamlee, Pengarah JMG Perak. Tn. Hj. Nizarulikram Abdul Rahim dan En. Jaitish John dari JMG Sarawak.
Gotong-royong Cawangan Perkhidmatan Makmal
IPOH, 2 Ogos 2024: Kerja-kerja menaiktaraf Cawangan Perkhidmatan Makmal, Bahagian Perkhidmatan Ipoh, telah mencapai 95% siap. Sehubungan dengan itu, hari ini telah diadakan gotong-royong memindah, menyusun, membersih makmal telah diadakan sebagai persiapan untuk melaksanakan perkhidmatan analisis seperti biasa.
KURSUS PENGURUSAN MEDIA SOSIAL
{rscomments on}Putrajaya, 30 Julai 2024: Hari ini telah berlangsung Kursus Pengurusan Media Sosial anjuran Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES).