Hari Terbuka JMG dan Aspirasi Merdeka 2019

Hari Terbuka JMG dan Aspirasi Merdeka 2019

IPOH, 24 Ogos 2019:   Pada hari ini JMG untuk yang julung-julung kali telah mengadakan Hari Terbuka JMG di Kompleks JMG Ipoh. Program bersempena dengan Aspirasi Merdeka 2019 dengan kerjasama Perak FM dan beberapa agensi jabatan sekitar Ipoh.

Baca selanjutnya

Demonstrasi Analisis Isotope Ratio

Demonstrasi Analisis Isotope Ratio

IPOH, 27 Ogos 2019:   Hari ini telah diadakan Demonstrasi Analsis Isotope Ratio bertujuan untuk menentukan usia spesimen berdasarkan ratio Plumbum dan Uranium. Demonstrasi di buat di Makmal Bahagian Perkhidmatan Teknikal, JMG

Baca selanjutnya

Mesyuarat Teknikal Projek Rare Earth Element

Mesyuarat Teknikal Projek Rare Earth Element

SUNGAI PETANI, 25 Jun 2019:  Mesyuarat Teknikal Kumpulan Kerja Projek Rare Earth Element (REE) telah diadakan di The Jerai Hotel Sungai Petani. Mesyuarat telah dihadiri oleh seramai lebih kurang 25 pegawai-pegawai projek REE dari seluruh negara. Mesyuarat berlangsung dari 25 hingga 27 Jun 2019. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pengurus Projek, En. Abdul Hadi Abdul Rahman. Pada hari pertama, telah diadakan mesyuarat bagi membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan status projek, analisis makmal dan masalah-masalah yang timbul.

Pada hari kedua, telah diaturkan Lawatan Kerja Lapangan ke Terap Pine Forest, Kulim bagi melihat sendiri lokasi yang dikatakan mengandungi REE, cara pengambilan sampel, mendulang serta membuat demo 'pre-test' ke atas sampel sebelum dihantar ke makmal Bahagian Perkhidmatan Teknikal (BPT) Ipoh untuk dianalisa Rare Earth Element menggunakan Laser Ablation ICPMS.

Peserta juga telah dibawa ke Muzium Arkeologi Lembah Bujang, Jerai bagi melihat sendiri struktur pagmatit yang terdapat di sana.

Hari terakhir telah diadakan perbincangan serta pemurnian lapuran.